Powered By Blogger

Friday, April 15, 2011

" Eeeii , cube ko tengok budak tu , muka dah la hitam legam , macam arang batu pun ade ."
" Kalau hensem takpe la jugak , nie dah la gemok , berjerawat pulak tu . "

~Kita ni siapa nak menilai seseorang itu ini . Ke korang dah dilantik menjadi juri . Juri untuk pertandingan YANG TAK DILAYAN . Tapi Muadz rase takde pertandingan yang SE..... macam tu .

~ Kita kalau nak menilai orang itu ini , kita lihat lah diri kita balik . Ape yang lebih dengan diri kita . Apa yang kurang dengan diri kita . Apa die ada , kita pulak takde . Pastu pulakk , ape yang kite ade , die pulakk takde .

~ Tiada seorang manusia didunia ini yang cukup sempurna dari segi fizikal , jasmani , rohani , intelek dan macam2 la lagi  . Tak percaya ? Muadz cabar korang , kalau korang jumpe manusia yang sempurna macam yang muadz cakap tu . Muadz akan bagi ganjaran RM 1 juta , Sebidang tanah seluas Stadium Shah Alam dan Pakej Percutian 1 tahun di rumah sediri .

~Muadz jamin korang takkan jumpe yg sempurna gile2 . Gerenti lah . So , kite nie sebagai manusia yang tak seberapa sempurna perlulah sedar siapa diri kita .

~Oleh itu , kita janganlah sesekali kutuk orang tu hitam la , tu lah , ini lah . Nak tau kenapa ? Sebab Sahabat NABI MUHAMMAD S.A.W . ( jawab salam tau ) , Bilal bin Rabah , pun kulit die hitam . Tapi Rasulullah tetap bersahabat dengan . Nak tau kenapa ? Sebab itulah ciri2 yang ada pada Rasulullah .

~ Rasulullah tetap berkawan dengan sesiapa sahaja tak kire lah orang tu pendek ke , gemok ke , itu ke , ini ke . Sebab Rasululah berSAHABAT dengan mereka  bukan sebab kekayaan mereka , bukan sebab kemachoan mereka ke . Tapi Rasulullah bersahabat dengan mereka menggunakan KEIKHLASAN hati .

~ Oleh itu jugalah , kita sebagai manusie niiy perlulah saling bantu-membantu sesama sahabat . Walaupun kita tolong orang tu menggunakan wang kite sendiri , 20 sen . 20 sen ape lah sangat . Tapi 20 sen boley beli aiskrim ape , kan Fieza kan !

~ Walaupun 20 sen tu apelah sangat bagi orang yang kita tolong tu , tapi besar pahalanya diCC Allah . Sebagai contoh , sahabat kite sedang kelaparan . Kite pun belanja lah die aiskrim 20 sen tu . Dengan aiskrim tulah , mugkin die telah mendapat tenaga untuk menunaikan solat , untuk membaca al-quran , dan macam2 lagi . Nampak tak ?

* So , moral of the story kali ini :
1. Janganlah kutuk mengutuk , mencaci , dan menghina antara satu sama lain .
2. Sentiasalah membantu bukan sahabat sahaja , bahkan cikgu2 , orang tua dan sesiapa sahaja yang sedang dalam kesusahan selagi kita terdaya .
3. BerSAHABAT lah dengan seseorang itu bukan kerana kekayaan , ketampanan , kefamousan die . Tapi berSAHABAT lah dengan mereka kerana merekalah sahabat kite .
4. Sebelum solat , kalau lapar , makan dulu kerana kelaparan itu mungkin akan menyebabkan kekhusyukan kita dalam solat kurang .
5 . Belilah aiskrim buatan mak fieza , sedap , lazat , murah dan berbaloi . Hanya 20 sen je satu . HAHAH!

Sekian . Sampai disini sahaja kita untuk kali ini . Yang baik itu dtg dr Allah dan yg buruk itu dtg nye dari SYAITAN . Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ! Sorry kalau sesiape yang terasa n marah . Tp kalau nk tambah ape2 lagi , juz comment here kay ! BYE :)

No comments:

Post a Comment