Monday, November 22, 2010

Perut Merupakan Sumber Penyakit

   Al-Miqdam bin Ma`di Karib r.a berkata , Mafhumnya : " Saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :

   " Tidak ada wadah ( bekas) yang dipenuhi oleh anak Adam yg lebih buruk drpd perutnya . Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap kecil yang akan menegakkan tulang punggungnya , jika dai mesti berbuat , maka hendaklah dia menjadikan sepertiga isi perutnya untuk makanan , sepertiga yang lain untuk minuman , dan sepertiganya lagi untuk nafasnya . "  ( HR. Tirmizi , Ibnu Majah dan Ibnu Hibban )

     Hadis di atas memberi petunjuk tentang perut kerana ia adalah sarang penyakit. Perut adalah tempat makanan dan minuman yg kita makan , juga tempat mengolah makanan sekaligus boleh menjadi sumber kesihatan dan penderitaan.

     Betapa banyak sifat bermalas-malasandan rasa berat untuk melakukan pekerjaan ketika kita lepas kontrol pada makanan yang sangat kita sukai tanpa memikirkan apa akibatnya atau minum dengan sangat lahap ketuka kehausan .

     Ada kisah tentang  meminum dengan perlahan - lahan ketika kehausan .

    Seorang penunggang kuda berkeliling untuk urusan yang sangat penting dan telah berjalan berjam-jam sehingga bajunya basah kerana keringat berpeluh . Demikian pula kudanya yang telah kehausan setelah berjalan beribu-ribu langkah .
    
    Setelah lama berjalan dalam keadaan yang kepenatan dan kehausan , si penunggang terjumpa sebuah perkhemahan , lalu dia melibas tali ke punggung kudanya supaya bergerak pantas ke khemah tersebut untuk mendapatkan air untik menghilangkan rasa haus dan penat .

    Lalu setelah sampai ke perkhemahan tersebut , dia terjumpa seorang gadis kecil  yang cantik dan memiliki kecerdasan dan sifat yang amali. Gadis tersebut melihat muka penungggang tersebut yang berpeluh dan keletihan .

    Kemudian gadis tersebut meluru kearahnya dan membawa secawan kurma-kurma kering yang baru dipetiknya di belakang rumah sebelum penunggang tersebut sampai .

    Lalu penunggang tersebut menerima secawan air itu sambil dikipaskan oleh gadis kecil itu dan mula minum dengan perlahan . Walaupun kehausan , penunggan tersebut meminum dengan perlahan sambil menyingkirkan kurma2 kering tersebut dengan hujung jarinye supaya tidak ikut terminum lalu masuk ke dalam perutnya .

    Setelah selesai untuk cawan yang ke-5 , gadis kecil itu bertanya kepadanya : " Apakah tuan sudah puas minum atau mahu saya menambah lagi ?" Dengan memuji Allah S.W.T , dia mengatakan : " Saya sudah cukup puas ." Akan tetapi dia mengeluh kerana adanya kurma2 kering yg menghalangnya untuk minum .

     Gadis itu dengan senyum menjawab : " Sayalah yang sengaja meletakkannya ketika saya lihat tuan sedang keltihan dan kehausan ." Penunggang itu membalas : " Mengapa engkau berbuat demikian ? " Gadis itu menjawab : " Itulah yang diajar oleh bapaku agar engkau tuan tidak minum dengan sekali teguk kerana itu akan menyebabkan tuan sakit dan membahayakan mu ."

      Maka , lelaki itu mengucapkan terima kasih dan menyatakan rasa kagumnya terhadap kepandaian dan kecerdikan gadis kecil itu , lalu penunggang yang baik hati itu membuat keputusan untuk mengambil gadis kecil itu sebagai anak angkatnya .

     Mungkin ini juga yang dimaksudkan Rasulullah s.a.w dalam nasihatnya kepada kita ketika beliau memberikan petunjuk agar kita minum dengan tiga kali nafas, baik dalam keadaan haus mahupun tidak .

     Lalu timbul pertanyaan , apakah Nabi Muhammad seorang doktor sedangkan dia buta huruf , tidak pandai membaca dan menulis untuk mempelajari ilmu kedoktoran ?

    Saya tidak ada jawaban  yang lengkap tentang soal ini . Tetapi sudah jelas inilah salah satu sifat kenabian yang cerdik , yang segala perilakunya dan keputusannya diturunkan dari Allah S.W.T Yang Maha Agung.

Sekian .

~Nukilan Sendiri dan tiada copy paste ~

Saturday, November 13, 2010

Kem Kepimpinan Remaja ( ^__^)

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh . Antum semua sehat ?!! Ana sehat . !! InshaAllah semoga Allah memberkati dan merahmati hidup antum .Amin !!

    Alhamdulillah , selesai sudah Kem Kepimpinan Remaja yg dianjurkan oleh Biro Muslimat Surau Al-Hidayah . Terima kasih diucapkan kepada Pengerusi Surau Al-Hidayah , En. Abdul Mofti bin Ahmad Jantan , Ustazah Wan Noriah serta AJK Surau Al-Hidayah yg betungkus-lumus menyiapkan dan menyediakan segala kelengkapan dan peralatan bagi keselesaan pelajar.

  Program yang baik dan bermanfaat seperti ini sepatutnya diisi oleh peserta dengan memberi sepenuh tumpuan kepada apa yang akan disampaikan. Walaupun Kem  tersebut berlangsung selama 2 hari 1 malam , para peserta menunjukkan minat dalam setiap aktiviti atau tugas yang perlu dilakukan.

  Perasaan ana sungguh gembira , lebih-lebih lagi dalam aktiviti berkumpulan. Ianya dapat mengajar kita bagaimana untuk bekerjasama dalam kumpulan . Aktiviti ini juga dapat mengajar kita bagaimana untuk berkomunikasi sesama ahli kumpulan .

   Oleh sebab terpaksa bangun awal untuk melakukan Qiamullail , ana paksa diri ana untuk bangun kerana ana tahu banyak kelebihan dan manfaat jika kita mengejarkannya dengan penuh keikhlasan dan ketaqwaan. Qiamullail tersebut diketuai oleh Abg Maududi

  Walaupun ada juga berasa sedih kerana abang-abang Naqib ( Ajwad , Hafiz , Adry , Maududi , lagi sorang x ingat ) dan kakak-kakak Naqibah ( Hamiza , Nurul , Fatin dan Nadia ) terpaksa pulang awal dan tidak dapat makan tengah hari bersama-sama.

  Tapi yang paling ana gembira kumpulan "UMAR ABDUL AZIZ" yang terdiri daripada ana sendiri , Ismail , Fauzan , Jazari , (Ammar dan adik terpaksa pulang awal) dan juga abang Naqib , Adry. Kami telah dipilih oleh juri yang rata-rata professional belaka untuk memenangi aktiviti Pembentangan yang membawa tajuk Ciri-ciri Kepimpinan Islam .
 
   Kepada sesiapa yang tidak dapat  menghadirkan diri atas sebab-sebab tertentu mahupun tidak mahu hadir , hadirkan diri ke Program seperti dan InshaAllah dengan rahmat dan hidayah Allah , anta dan antum akan menjadi anak yang soleh dan solehah .

Takbir!! Allahuakbar!! Takbir !! Allahuakbar !! Takbir !! Allahuakbar!!

~Sekian~

Friday, November 12, 2010

Malaysia Sebuah Hub Pusat Hiburan ?!

alt











Hasrat pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP) adalah sesuatu yang mendukacitakan.

Malah satu daripada 12 projek permulaan (EPP) itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, maka makin mudah lah artis seperti Adam Lambert untuk mengadakan konsert di negara Islam ini.

Lapor Malaysiakini, lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.

Adakah kerajaan tidak 'aware' bahawa sangat ramai pemuda Islam dan Melayu yang mengunjungi kelab-kelab malam di kota-kota? Tidakkah mereka membaca surat khabar Harian Metro atau ambil pengajaran dari rancangan Edisi Siasat atau 999?

Masyarakat kita makin tenat dek gejala sosial yang tidak pernah berkurang dan kerajaan berhasrat untuk menyediakan lebih ruang dan peluang untuk maksiat?
Adakah berbaloi hasrat ini hanya kerana ia mampu meningkatkan pendapatan negara dan kita pula perlu membayar nilai itu dengan masyarakat yang semakin hancur kerana lorong nafsu semakin luas terbuka?

Persoalan lain adalah, tiadakah cara lain yang boleh kita usahakan untuk memantapkan lagi industri pelancongan negara?
Semoga pihak kerajaan menilai semula langkah ini kerana pastinya rakyat tidak berkenan dan kecewa dengan berita ini.

Memetik apa yang yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin,

"Lorong ke Syurga itu perlu melalui duri-duri (melawan nafsu), dan lorong ke Neraka itu dengan mengikuti hawa nafsu". (Hadis riwayat Abu Daud & Ahmad, Albani : Sohih )

"Sesungguhnya Allah swt berkata kepada Adam (a.s) : Sesungguhnya Allah akan membangkitkan zuriat kamu dengan sekumpulan akan ke neraka, maka berkata Adam : Wahai tuhanku, berapa ramai jumlah mereka. Jawab Allah : dari setiap seribu orang, seramai 999 akan ke neraka dan hanya seorang ke syurga. ( Hadis riwayat Ahmad & At-Tabrani dengan sanad yang baik : Majma' Az-Zawaid, no 18621)

Dari hadis di atas, jelas dinyatakan nisbah penduduk syurga dengan neraka dari 1000 orang, 999 akan dihumban ke neraka dan hanya seorang sahaja yang layak ke syurga. Justeru, mengapa industri nafsu ingin dijadikan sumber pendapatan?

Bukankah lebih baik jika pihak kerajaan berusaha untuk membawa kita rakyat-rakyatnya ke arah mendapatkan syurga Allah..

- Artikel iluvislam.com
SIAPAKAH YANG DIGELAR  MUSLIM ?

Perkara yang utama yang patut diketahui oleh setiap Muslim ialah ‘ Siapakah yang digelar Muslim dan apakah erti seorang yang mengaku Muslim ? ‘. Jika seseorang manusia itu tidak mengetahui apa erti kemanusiaan dan tidak dapat membezakan di antara manusia dan binatang, maka dengan mudah ia akan melakukan perbuatan-perbuatan yang bersifat kebinatangan dan ia tidak tahu untuk menghayati sifat kemanusiaannya.

Begitu juga halnya jika seorang Muslim yang tidak mengenali pendiriannya sebagai seorang Islam dan tidak mengetahui perbezaan antara  dia dan kafir, maka dia akan bertindak sebagai orang kafir dan juga tidak akan merasakan keagungannya sebagai seorang Muslim.

Oleh yang demikian setiap Muslim dan kanak-kanak Muslim harus diajar dan dididik serta diasuh tentang pendirian  dan kedudukan mereka sebagai seorang Muslim. Mereka perlu tahu akan perubahan kedudukan mereka setelah mereka menjadi Muslim. Mereka perlu tahu akan tanggungjawab yang dikenakan terhadap mereka berikutan kedudukan mereka sebagai seorang Muslim. Mereka patut  kenal akan batas-batasan yang akan menjamin dan mengekalkan diri mereka sebagai Muslim agar mereka tidak melewatinya. Mereka patut tahu bahawa dengan melewati batas-batas tersebut, mereka akan bersara dari menjadi seorang Muslim walaupun mulut mereka berlagak sebagai seorang Muslim.

Erti Islam


Erti Islam ialah ketaatan dan rasa tanggungjawab terhadap Allah s.w.t. Menyerah diri mereka kepada Allah s.w.t  Mengorbankan  kebebasan diri untuk Allah s.w.t. Islam  ialah menyerah diri kita kepada  Pemerintahan dan Kerajaan serta Kekuasaan Allah s.w.t. Seseorang yang menyerah  semua urusan kehidupannya  kepada peraturan  Allah s.w.t,  dia adalah seorang Muslim. Seseorang yang mengatur urusan hidupnya mengikut kehendak sendiri atau mengikut kehendak orang lain, di adalah bukan Muslim. Penyerahan urusan hidup kita mengikut peraturan Allah s.w.t bererti menerima panduan yang diberikan oleh Allah s.w.t, melalui kitabNya dan RasulNya dan tiada langsung  secebis sikap penentangan terhadap panduan ini. Adalah penting sekali bagi kita  untuk menyelesaikan segala  masalah hidup kita ini dengan berpandukan kitab suci al Quran dan as Sunnah an Nabawiyyah.

Seseorang yang mengutamakan nasihat-nasihat dari Allah s.w.t dan membelakangkan pendapat-pendapat dari pemikirannya sendiri, maka dia adalah Muslim. Seseorang yang merujuk semua perkara atau hal kepada Kitab Allah dan Hadith Rasulullah s.a.w  dan menegah dirinya dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Kitab  Allah s.w.t dan  Sunnah  Rasulullah s.a.w , dia adalah Muslim. 

Dapat difahami dengan ringkas bahawa seseorang yang melayakkan dirinya dalam golongan Muslim bila dia telah mempu menyerahkan keseluruhan dirinya kepada  Allah s.w.t. Bagi sesiapa yang menolak  panduan-panduan al Quran dan Sunnah Rasullullah s.a.w, maka jelaslah  mereka ini bukan Muslim. Bagi mereka yang mengutamakan  pendapat dan pemikiran mereka untuk mengatur seluruh hidup mereka dengan membelakangkan panduan al Quran dan Sunnah maka mereka  juga bukan Muslim, begitu juga halnya mereka yang mengutamakan amalan nenek moyang mereka, mereka juga bukan Muslim. Bagi mereka yang mengatur hidup  mereka yang dunia perkatakan dan bukan apa yang al Quran dan as Sunnah tetapkan, maka mereka juga bukan Muslim.

Bagi mereka yang mengetahui akan panduan dan ajaran al Quran dan as Sunnah Rasulullah s.a.w tetapi mereka masih boleh berkata : Ia tidak dapat diterima oleh pemikiranku, oleh itu aku menolaknya atau nenek moyangku bertindak menurut cara lain, oleh itu aku tidak akan  menurut panduannya atau amalan dunia bertentangan  amalannya lantaran aku akan mengamal cara yang dunia mahu, maka mereka yang berkata sedemikian  ialah munafik (pembohong atau pendusta), jika mereka mengaku  mereka adalah seorang Muslim.

Tanggungjawab Seorang Muslim


Apabila seseorang itu melafazkan kalimah La Ilaha Illallah, Muhammadur Rasulullah itu bermakna ia telah menerima hanya undang-undang dan peraturan Allah s.w.t dan Allah itu Penaung dan Pemerintah baginya. Ini juga bererti ia mempunyai satu keyakinan yang mengaku benar dan betul apa yang al Quran dan as Sunnah katakan benar dan betul. Apabila ia telah mengaku menjadi Muslim maka bererti dia telah mengorbankan kebesarannya demi Allah s.w.t. Ini juga telah memansuhkan haknya untuk berkata : Pendapat saya ialah ini, dunia mengamalkan yang ini, adat keluarga saya ialah ini, orang suci itu menasihatkan saya berbuat ini dan sebagainya.

Dia tidak boleh memberikan pendapat sedemikian bila berhadapan dengan wahyu Allah s.w.t dan Sunnah Rasulullah s.a.w.. terima sahaja apa-apa yang  berlandaskan al Quran dan as sunnah dan lemparkanlah apa sahaja yang bertentangan dengan kedua-dua nya tanpa memperdulikan pendapat-pendapat yang lain. Tugasnya ialah untuk menghakimkan menurut apa  yang dikehendaki oleh Nur al Quran dan as Sunnah.

Adalah perkara yang amat bertentangan untuk memanggil diri kita Muslim tetapi kita masih boleh mengutamakan pendapat kita sendiri atau adat kebiasaan dunia atau tindakan serta pendapat orang lain dari apa yang dikehendaki oleh al Quran dan as Sunnah. Seseorang itu tidak  boleh  memanggil dirinya Muslim selagi ia masih enggan meletakkan keseluruhan hidupnya  dibawah peraturan al Quran dan as Sunnah. Jika ia  masih memanggil dirinya Muslim, tetapi enggan mengutamakan al Quran dan as Sunnah dalam hidupnya, maka samalah ia dengan orang yang buta tetapi mengaku dapat melihat atau samalah dengan orang pekak teapi mengaku dapat mendengar.

Sesiapapun tidak dapat memaksa seseorang yang tidak Muslim menjadi seorang Muslim tanpa kerelaan hatinya. Dia bebas untuk memilik mana-mana agama yang disukainya dan memanggil dirinya  dengan sebarang gelaran atau nama yang digemarinya. Akan tetapi apabila seseorang itu memanggil dirinya Muslim maka  dia mestilah faham bahawa ia kekal sebagai seorang Muslim selagi ia di dalamnya.
Akan tetapi , apabila dia memanggil dirinya Muslim, maka dia mestilah faham bahawa dia  akan kekal sebagai sorang Muslim selagi dia berada di atas batas yang ditentukan oleh Islam. Batas-batas itu ialah untuk menerima dan meyakinkan  wahyu Allah s.w.t dan Sunnah Rasulullah s.a.w   sebagai tempat berlandasnya segala kebenaran dan keadilan dan menganggap perkara yang bertentangan dengan kedua landasan  tersebut sebagai palsu belaka. Sesiapa yang  berada di dalam lingkungan batasan-batasan tersebut adalah Muslim dan sesiapa yang terkeluar darinya akan dikira tersingkir dari  Islam. Setelah ia disingkirkan, ia masih mengaku Muslim, maka dia telah menipu dirinya sendiri dan orang lain serta dunia seluruhnya. Firman Allah s.w.t:-

Terjemahannya:
Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi), yang  dengan Kitab itu diputuskan perkara orang-orang Yahudi oleh nabi-nabi yang menyerahkan diri kepada Allah, oleh orang-orang alim mereka dan pendita-pendita mereka, disebabkan mereka diperintahkan memelihara kitab–kitab Allah dan mereka menjadi saksi terhadapnya. Kerana itu janganlah kamu takut kepada manusia (tetapi) takut lah kepadaKu. Dan janganlah kamu menukarkan ayat-ayat Ku dengan harga yang sedikit. Barang siapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu  adalah orang-orang yang kafir.”
(Surah Al Maa’idah ayat 44)




















Wallah hu A’alam

Biarkan Cintamu Berkata Tidak !

alt












Kerap diungkapkan, cinta itu buta?Apakah benar cinta itu buta? Apakah cinta orang beriman juga buta? Kalau buta yang dimaksudkan itu tidak mampu lagi melihat mana yang hak, yang mana batil, tentulah cinta orang yang beriman tidak buta.

Tidak! Cinta yang suci tidak buta. Orang beriman tetap celik walaupun sedang dilamun bercinta. Mereka masih tahu dan mampu melihat serta menilai yang mana baik, yang mana buruk, yang mana halal dan yang mana haram sewaktu bercinta.

Namun sekiranya buta yang dimaksudkan tidak nampak lagi segala kesusahan demi mendekatkan diri kepada yang dicintainya (Allah)... ya, cinta orang beriman memang buta. Orang yang beriman tidak nampak lagi ranjau duri untuk mendekatkan diri kepada Ilahi.

Pernah Sayidina Abu Bakar r.a. pernah berkata kepada anaknya, "jika aku menemui mu dalam perang Badar dahulu, aku sedikit pun tidak teragak-agak untuk membunuh mu!"
Mus'ab bin Umair pula pernah berkata kepada ibunya, "jika ibu punya 100 nyawa dan nyawa itu keluar satu persatu, saya tidak akan meninggalkan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad."

Ya, cinta orang beriman itu buta. Tetapi bukan buta melulu. Yang buta melulu hanyalah cinta orang yang lemah iman. Cinta itu telah dikotori oleh kehendak nafsu dan bujukan syaitan. Apa sahaja yang disuruh oleh nafsu dan dihasut oleh syaitan akan diikuti. Cinta buta oleh orang yang buta mata hatinya sanggup mengorbankan maruah, harga diri malah membunuh demi cintanya. Memang benar kata pepatah Arab, seseorang itu menjadi hamba kepada "apa" atau "siapa" yang dicintainya.

Kalau sudah cinta, kita jadi "buta" terhadap penderitaan, kesusahan dan segala keperitan demi menyukakan hati orang yang kita cintai. Oleh itu bertuah sekali jika orang atau apa yang kita cintai itu adalah orang yang baik atau sesuatu yang baik, maka kita akan menjadi hamba kepada orang yang baik dan kebaikan.

Sebaliknya, jika yang kita cintai adalah kejahatan atau orang yang jahat... kita akan diperhambai sentiasa kepada kejahatan. Firaun mati lemas kerana diperhamba kuasa. Manakala Qarun ditelan bumi akibat diperhamba harta. Dan berapa ramai negarawan, hartawan dan bangsawan yang kecundang kerana cintakan wanita?

Cinta Orang Mukmin

Orang mukmin itu sangat cinta kepada Allah. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat ke-165 : "Orang mukmin itu sangat bersangatan cintanya kepada Allah."

Justeru, cinta orang mukmin itu "buta" kepada sebarang kesusahan demi menunaikan perintah Allah. Orang mukmin rela mengorbankan segala kesukaan atau kesenangan dirinya apabila semua itu melanggar perintah Allah. Tidak ada istilah tidak apabila berdepan dengan perintah Allah. Mereka akan berpegang kepada prinsip "kami dengar, kami taat" setiap kali mereka mendengar ayat-ayat cinta (Al-Quran) yang datang daripada Allah.

Apabila berdepan dengan cinta Allah, segala cinta yang lain akan menjadi kecil dan terpinggir. Bayangkan kecintaan Rasulullah saw terhadap bapa saudaranya Abu Talib – orang yang membela dan melindunginya semasa susah dan senang. Bukan sahaja tubuh badan Rasulullah saw dipertahankan oleh Abu Talib tetapi beliau juga telah memberi kasih-sayang, perhatian, simpati dan empati yang tidak berbelah bagi kepada Nabi Muhammad saw.

Ya, Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Talib saling cinta mencintai. Bayangkan hingga ke saat-saat kematian Abu Talib, nabi Muhammad saw terus berdakwah, merayu dan membujuk agar bapa saudaranya itu beriman. Tetapi Subhanallah! Allah Maha Tahu dan Maha Berkuasa terhadap petunjuk dan hati para hamba-Nya. Hidayah milik Allah. Dan hidayah itu tidak diberikan-Nya kepada Abu Talib atas sebab-sebab yang hanya Dia yang mengetahuinya. Lalu matilah Abu Talib dalam keadaan tidak beriman...

Betapa sedihnya hati Rasulullah saw tidak dapat digambarkan lagi oleh kata-kata. Dan pada hari kematian Abu Talib, bersimpuhlah baginda dalam doa demi keselamatan ayah saudaranya yang telah pergi. Namun apa jawapan Allah? Allah menegur dan melarang baginda daripada berdoa untuk keselamatan Abu Talib. Kerana apa? Kerana Abu Talib tidak beriman. Walaupun Allah Maha mengetahui betapa cintanya Rasulullah saw... tetapi Allah mendidik hati seorang Nabi agar berkata tidak walaupun ketika hati terlalu cinta!

Begitulah jua jalur cinta yang luar biasa oleh insan-insan luar biasa sebelum diutuskan Nabi Muhammad saw. Bagaimana Nabi Nuh as, dididik oleh Allah agar berkata "tidak" ketika teringat dan merasa kasihan kepada anak dan isterinya yang derhaka. Menyusul kemudiannya Nabi Luth as yang diperintahkan meninggalkan keluarga yang tercinta tanpa boleh menoleh lagi ke belakang.

Menyusul lagi kemudiannya Nabi Ibrahim as yang pada mulanya rela berpisah dengan bapanya yang menyembah berhala, dan selepas itu rela pula menyembelih anaknya Nabi Ismail demi cintanya kepada Allah. Nabi Nuh, Luth, Ibrahim dan akhirnya Nabi Muhammad s.a.w telah berkata "tidak" kepada cinta-cinta yang lain kerana cinta mereka pada Allah. Lalu di manakah letaknya cinta kita?

Muhasabah Suami Isteri

Muhasabah kembali cinta antara suami-isteri yang mendasari dan menghiasi rumah tangga kita.... Apakah pernah cinta kita berkata, "tidak"? Ah, tanpa disedari kerap kali kehendak isteri atau suami diturutkan sahaja walaupun jelas bertentangan dengan kehendak Allah. Atau kekadang kita sudah bisu untuk menegur kesalahannya kerana terlalu sayang. Sudah ketara, tetapi masih dipandang sebelah mata. Sudah menonjol, tetapi kita pura-pura tidak nampak.

Kekadang ada isteri yang sudah semakin "toleransi" dalam hukum penutupan aurat. Malangnya, si suami biarkankan sahaja tudungnya yang semakin singkat, warnanya yang semakin garang, saiznya yang semakin sendat dan melekat... Ada masanya tangannya sudah terdedah melebihi paras yang dibenarkan, anak tudungnya telah terjulur dan helaian rambutnya sedikit berjuntaian... Itu pun masih didiamkan oleh si suami.
Mengapa begitu? Mungkin kerana terlalu sayang...

Kekadang solatnya pasangan kita sudah mula culas. Tidak menepati waktu dan terlalu "ringkas" pula... Itu pun masih kita biarkan. Mungkin ketika si suami melangkah ke surau atau ke masjid, si isteri masih leka dengan aktiviti rumah yang tidak kunjung reda. Dan keutamaan menyegerakan solat tepat semakin hari semakin dipinggirkan. Pernah ditegur, tetapi mungkin kerana keletihan si isteri jadi sensitif dan merajuk. Tarik muka. Masam wajahnya. Maka suami jadi "jeran" dan mengalah untuk tidak menegur lagi. Kerana apa? Kerana sayang...

Si suami pula kekadang sudah semakin merosot pengamalan Islamnya. Kalau dulu rajin menghadiri kuliah, melazimi solat berjemaah, bersedekah dan berdakwah tetapi entah kenapa "semangat" Islamnya merudum tiba-tiba, roh dakwahnya meluntur, mula malas-malas, leka dengan program TV dan aktiviti-aktiviti yang tidak menyuburkan iman dan Islamnya... si isteri melihat dari dekat.
Itu perubahan yang membimbangkan, detik hati isteri. Ingin menegur, tapi malu. Ingin menasihati, takut dibentak. Dari sehari ke sehari kemerosotan itu dibiarkan. Akhirnya keinginan-keinginan itu menjadi dingin... biarlah dulu. Tunggulah lagi. Ah, semuanya... demi cinta!

Seakan telah dilupakan dahulu kita bernikah kerana Allah. Dihalalkan pergaulan kita antara suami isteri atas
kalimah Allah. Ingat kembali kalimah syahadah dan istighfar yang diulang-ulang oleh Tok Khadi sebagai pembersihan hati dan taubat sebelum tangan dijabat untuk aku janji menerima satu amanah. Nikah diterima, ijab kabul dilafazkan dengan kehadiran wali dan saksi...dan bercintalah kita kerana Allah.

Itulah pangkal perkahwinan setiap pasangan muslim. Untuk mengekalkan cinta, relalah berkata tidak kepada kemungkaran yang dilakukan oleh pasangan kita. Berani dan tegalah berkata tidak apabila Allah dan hukum-Nya dipinggirkan oleh suami atau isteri kita.

Sayidina Abu Bakar pernah memerintahkan anaknya menceraikan isteri yang baru dikahwini oleh anaknya bila didapati anaknya itu mula culas solat berjemaah di masjid kerana leka melayani isteri barunya. Nabi Ibrahim pula pernah berkias agar anaknya Ismail menukar palang pagar rumahnya (isyarat menceraikan isterinya) apabila didapati isterinya itu tidak menghormati orang tua.

"Menghumban" Anak Ke Neraka

Jika kita undur selangkah ke belakang dalam pengamalan syariat, anak-anak akan undur sepuluh langkah ke belakang. Sedikit ibu-bapa tergelincir, terperosok anak ke dalam lubang kemungkaran. Sebab itu sering berlaku, apabila ibu tidak lengkap dalam menutup aurat anak-anak perempuannya akan lebih galak mendedahkan aurat. Lambat si bapa dalam mengerjakan solat, anak-anak akan berani pula meninggalkan solat. Sedikit ibu-bapa terpesona dengan dunia, anak-anak akan terleka dalam mencintainya!

Betapa ramai ibu-bapa yang hakikatnya "menghumban" anak mereka ke neraka kerana dibiarkan melakukan kejahatan tanpa teguran. Ada yang terlalu cintakan anak, hingga dibiarkan anak-anak tidak solat Subuh, konon katanya kasihan nanti anaknya mengantuk kerana kurang tidur. Ada pula anak-anak yang sudah besar panjang tetapi masih tidak dilatih berpuasa kerana tidak sampai hati anak-anak melihat anak-anak kelaparan dan kehausan. Apabila anak-anak pulang lewat malam, ada ibu-bapa yang begitu "sporting" berkata,

"Biarlah... muda hanya sekali, biarkan mereka bersuka-suka, tumpang masih muda!"
Susah benarkah untuk melihat anak-anak, isteri atau suami bersusah-susah kerana Allah? Padahal kesusahan yang sedikit dan sementara di dunia ini adalah suatu yang lumrah demi mendapat kesenangan yang melimpah dan kekal abadi di akhirat kelak?

Jangan kita dibutakan oleh cinta nafsu kerana cinta nafsu itu bersifat melulu. Cintailah sesuatu kerana Allah, insya-Allah, cinta itu akan sentiasa celik untuk melihat kebenaran. Rela dan tegalah berkata tidak demi cinta. Cintalah Allah dan selalu menjaga hukum-hakam-Nya. Bila cinta kita kerana yang maha Baqa (kekal), maka itulah petanda cinta kita sesama manusia akan kekal.

Marah biar kerana Allah. Justeru kemarahan kerana Allah itulah yang akan menyuburkan rasa cinta kita. Bila hak Allah diabaikan, bila hukum-hakam-Nya dipinggirkan, katakan tidak... cegahlah kemungkaran itu dengan kuasa dan dengan kata-kata. Biarkan cinta mu berkata tidak! Insya-Allah cinta itu akan kekal sampai bila-bila...

- Artikel iluvislam.com

Anggun Terpesona Aurat Terpelihara

Pernahkah kita terfikir, mengapa Islam mensyariatkan wanita menutup dan menjaga aurat mereka? Betapa Islam hadir untuk memartabatkan kaum wanita, tetapi wanita sendiri tidak menyedari hakikat itu.

Jika dibandingkan wanita Islam dengan bukan Islam, wanita Islam begitu bertuah kerana telah disyariatkan untuk menutup aurat. Cuba lihat wanita barat yang meluncur di atas ais dengan hanya memakai bikini atau mungkin tanpa berpakaian. Merekalah yang sebenarnya telah didiskriminasikan. Menjadi tatapan setiap manusia yang memandang tanpa sekelumit pun perasaan malu. Maruah yang perlu dijaga dipertontonkan sewenang-wenangnya tanpa timbul perasaan bersalah. Seolah-olah tidak bernilainya mereka di mata masyarakat.

Sedarkah anda wahai wanita bahawa Islam telah menerangkan dengan jelas kepada kita, siapakah yang selayaknya melihat aurat kita di dalam al-Quran.

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [Surah An-Nur: 31]

Konklusinya dengan lebih mudah, mahram seorang wanita, yang boleh melihat auratnya ialah lelaki yang haram dikahwininya buat selamanya sama ada kerana keturunan, perkahwinan atau susuan. Ia merangkumi;
  1. Bapa kandung
  2. Bapa mertua
  3. Bapa susuan
  4. Anak kandung
  5. Anak tiri (yakni anak suami)
  6. Anak susuan
  7. Saudara lelaki kandung
  8. Saudara lelaki susuan
  9. Anak saudara lelaki
  10. Bapa saudara
Namun wanita kini, mereka sendiri dengan sesuka hati mendedahkan aurat  dan mahkota mereka tanpa rasa berdosa kepada yang bukan mahram. Malah lebih parah lagi, lelaki yang seharusnya menjadi pelindung dan pembimbing kepada kaum wanita membiarkan sahaja isteri, anak, adik, sahabat dan saudara mereka mendedahkan aurat.

Tidakkah kaum lelaki ini merasa tercabar dan cemburu melihat wanita yang di bawah tanggungjawab mereka yang sepatutnya hanya mereka melihat aurat mereka tetapi, sebaliknya lelaki lain juga mendapat HAK yang sama?

Dimana istimewanya lelaki yang bergelar suami berbanding dengan lelaki lain di luar sana yang mendapat HAK yang sama dengannya? Apakah mereka merasa biasa dengan situasi itu? Sungguh rugi dan dayuslah mereka.

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al-Ahzab:59]

Dan tahukah anda lelaki, bahawa ada empat golongan lelaki yang akan ditarik wanita ke neraka kelak andai mereka tidak melaksanakan tanggungjawab mereka..

01.Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji, dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup hanya memberi kemewahan dunia saja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

02.Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di luar rumah, menghias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim, misalnya solat tidak lalai, puasa tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya kelak.

03.Abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggung jawab menjaga wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja, sementara adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan sang adiknya di akhirat nanti.

04.Anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati ibu perihal tindak-tanduk yang menyimpang dari Islam. Bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, membuka aurat, dan lain sebagainya maka anak lelaki itu akan ikut ditanya serta diminta pertangungjawabannya di akhirat kelak.

Jadi bersediakah anda kaum lelaki untuk ditarik ke nereka oleh anak, isteri, adik dan ibu anda? Oleh itu, laksanakanlah tanggungjawab anda bagi memastikan wanita-wanita ini tidak menarik anda ke neraka tetapi memimpin anda ke Jannah.

Kita pula sebagai kaum wanita seharusnya menjaga martabat kita selaku wanita yang mana sudah jelas Islam memandang tinggi martabat wanita. Nah, apalagi yang kita mahu, syurga terbentang sedia, masih neraka yang didamba? Sungguh rugi dan celakalah jika demikian rupa.

Wallahu'alam.

- Artikel iluvislam.com

Bersabarlah Menghadapi Ujian

Hidup di dunia tidak lepas dari ujian dan dugaan dari Allah. Itu sudah menjadi rencah kehidupan manusia. Ada dua jenis bentuk ujian buat manusia, ujian dalam bentuk kesenangan dan ujian dalam bentuk kesusahan.

Cuma, acapkali apabila disebut ujian Allah maka rata-rata manusia beranggapan ujian itu adalah dalam bentuk bala dan musibah. Ramai yang lupa akan ujian kesenangan yang datang dalam pelbagai bentuk kekayaan, kekuasaan, kesihatan dan bermacam-macam lagi.

Bahkan ujian kesenangan sebenarnya lebih sukar kerana kebiasaannya manusia itu lupa kepada Tuhan tatkala dirinya mengecapi pelbagai kesenangan hidup. Apabila ditimpa kesusahan, kebanyakan manusia akan kembali menyeru Tuhannya.
Mengenai ujian kesusahan, firman Allah di dalam Surah al-Baqarah:

[155] Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
[156] (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
[157] Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.

Maka antara ujian yang datang daripada Allah itu ialah timbulnya perasaan takut di hati, kelaparan, hilangnya harta benda, tanaman dan orang yang disayangi. Kebiasaannya apabila manusia ditimpa musibah, pastinya mereka akan berada dalam keadaan sedih, dukacita dan gusar. Tetapi manusia yang bersabar menghadapi ujian akan menerima khabar gembira.

Ciri Manusia Yang Sabar

Manusia yang sabar ialah mereka yang apabila ditimpa kesusahan akan segera ingat kepada Allah, dengan berkata, "Inna lillah wa inna ilayhi raji'un," bahawa hidup kita ini secara keseluruhannya adalah hak milik mutlak Allah - apa sahaja yang kita miliki, baik harta, kuasa, bahkan nyawa kita dan orang-orang yang kita sayangi kesemuanya adalah hak milik Allah. Maka pastinya Allah berkuasa melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya ke atas segala yang dimiliki-Nya, dan akan tiba masa dan ketika di mana kesemuanya akan dikembalikan kepada-Nya.

Para 'ulama mengingatkan bahawa sabar itu mestilah berlaku pada pukulan pertama, iaitu ketika mula-mula musibah melanda. Bukannya seperti kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Manusia apabila mula-mula ditimpa musibah, ramai yang akan cepat melatah dan tidak redha dengan ketentuan tersebut. Setelah keadaan reda sedikit dan dia mula sedar bahawa dia tidak memiliki jalan keluar, barulah dia akan mula insaf, redha kepada ketentuan Tuhan dan berkata, "Sabar sahajalah, nak buat macam mana lagi..."

Itu bukanlah konsep sabar yang sebenar. Sabar yang sebenar ialah pada detik pertama musibah melanda, lantas manusia yang bersabar terus redha dengan ketentuan Allah tanpa sedikit pun timbul rasa kecewa atau penyesalan. Mereka inilah yang akan mendapat khabar gembira tersebut walaupun dilanda kesusahan.
Apa pula bentuk khabar gembira itu? Pertama khabar gembira itu datang dalam bentuk selawat daripada Allah, iaitu mendapat keberkatan daripada Allah dan keampunan dari dosa-dosa.

Kemudian datang pula rahmat Allah melimpahi mereka. Sa'id ibn Jubayr rahimahullah, seorang tokoh Tabi'in mengatakan bahawa rahmat itu ialah pelindung daripada siksa azab neraka. Dan akhirnya mereka adalah orang yang benar-benar mendapat petunjuk daripada Allah. Orang yang mendapat petunjuk pula akan mendapat ganjaran yang banyak kerana mereka mengikut petunjuk Allah.

Abu Salamah Dan Ummu Salamah

Ada satu kisah menarik yang perlu kita soroti. Siapa yang tidak kenal akan Abu Salamah dan isterinya, Ummu Salamah, radiyallahu 'anhuma. Kedua-duanya adalah antara sahabat Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam yang terawal memeluk Islam. Mereka berdua adalah antara pasangan yang sangat bahagia, namun ditentang oleh suku kaum mereka kerana mereka memeluk Islam. Suku Makhzum adalah antara puak yang terkenal sangat kuat menentang Islam di Makkah.

Pada awalnya, kedua-dua Abu Salamah dan Ummu Salamah berhijrah ke Habsyah. Kemudian tatkala timbul seruan hijrah ke Madinah, bersiap-siaplah Abu Salamah, Ummu Salamah dan anak mereka Salamah untuk berhijrah ke Madinah. Abu Salamah hanya memiliki seekor unta, maka dia terpaksa berjalan dan membiarkan isteri dan anaknya menunggang unta.

Malang sekali di pertengahan jalan, kaum keluarga mereka telah mengejar dan menahan mereka. Unta Abu Salamah dirampas, manakala Ummu Salamah dibawa pulang oleh keluarganya ke Makkah manakala keluarga Abu Salamah pula mengambil anak mereka Salamah kembali ke Makkah jua. Akhirnya Abu Salamah terpaksa berhijrah ke Madinah seorang diri, dan terpisahlah ketiga-tiga mereka.

Setiap hari, Ummu Salamah akan kembali ke tempat mereka dipisahkan dan mengenangkan suaminya di Madinah dan anaknya yang dijaga oleh keluarga suaminya di Makkah. Lebih kurang setahun ketiga-tiga mereka hidup terpisah sehinggalah akhirnya Ummu Salamah dan anaknya dibebaskan.

Dengan semangat yang kuat, Ummu Salamah membawa anaknya, Salamah yang masih kecil untuk ke Madinah. Bayangkan seorang wanita dan anak kecilnya ingin berjalan jauh menuju ke pangkuan suami berseorangan semata-mata kerana ingin menjaga agamanya!

Ummu Salamah tidak mahu berlengah kerana takut suku kaumnya akan merubah fikiran dan kembali menahannya dan memisahkannya dari anaknya. Lantas dia memulakan perjalanan, dan sesampainya di Tan'im, penjaga Kaabah - Uthman ibn Talhah yang masih belum memeluk Islam berpendapat bahawa tidaklah patut Ummu Salamah dan anak kecilnya dibiarkan berkelana ke Madinah tanpa ditemani lelaki. Maka dia berjanji kepada Ummu Salamah bahawa dia akan membawa mereka ke Madinah.

Akhirnya bersatulah kembali Ummu Salamah dan suaminya, Abu Salamah. Percintaan suami isteri ini sangatlah kuat, sehingga dikatakan pada suatu hari, Ummu Salamah berkata kepada suaminya bahawa dia (Ummu Salamah) mendengar daripada Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam bahawa sekiranya kedua-dua suami isteri dapat masuk syurga, maka si suami akan kembali bersama isterinya jika isterinya tidak berkahwin lain selepas kematian suaminya; begitu juga isteri akan bersama suaminya jika suaminya tidak berkahwin lain selepas isterinya mati.

Lantas Ummu Salamah meminta suaminya agar mereka sama-sama berjanji untuk tidak berkahwin lain jika salah seorang mereka mati dahulu agar dapat bersama-sama kembali di syurga. Tetapi suaminya, Abu Salamah berkata, sekiranya dia (Abu Salamah) mati dahulu, dia mahu isterinya berkahwin lagi. Lantas Abu Salamah berdoa kepada Allah, andai dia (Abu Salamah) mati dahulu, kurniakanlah kepada isterinya seorang suami yang lebih baik darinya. Begitu hebat cinta dan kasih sayang kedua-dua suami isteri ini.

Pada peperangan Uhud, Abu Salamah mengalami kecederaan teruk. Ketika masih dirawat isterinya, Abu
Salamah berkata bahawa dia mendengar Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam memberitahu, sesiapa yang ditimpa bala musibah, hendaklah dia menyebut istirja' (Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un), dan berdoa, "Ya Allah, berilah ganjaran atas kehilangan akibat musibah yang melanda diriku, dan berilah ganti yang lebih baik daripadanya, maka pasti Allah akan mengurniakan sesuatu yang lebih baik." Akhirnya Abu Salamah meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya, dan tinggallah Ummu Salamah bersama anak-anak mereka di Madinah.

Ummu Salamah, tatkala teringat kembali akan kata-kata suaminya, sering melafazkan istirja' dan doa tersebut. Cuma dia seringkali tidak dapat meneruskan lafaz 'berilah ganti yang lebih baik', dan jika disebut juga lafaz tersebut, dia akan terkenang kerana baginya siapakah lelaki yang dapat menjadi suamu yang lebih baik daripada Abu Salamah. Segala kesusahan yang pernah mereka alami tatkala mula-mula memeluk Islam, ditambah dengan kebahagiaan mereka di Madinah menguatkan lagi rasa cinta Ummu Salamah kepada suaminya. Namun akhirnya berkat doa Ummu Salamah tersebut Allah mengurniakan Ummu Salamah seorang suami yang akhirnya diakui lebih baik dari Abu Salamah. Siapakah lelaki itu? Tidak lain daripada Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam sendiri.

Lihat sahaja ujian yang melanda Ummu Salamah. Ujian apakah yang lebih berat daripada kehilangan insan-insan tersayang yang banyak pula menempuh suka duka kehidupan bersama di jalan Allah. Namun Allah tetap memberi ganjaran kepada hamba-hamba-Nya yang bersabar.

- Artikel iluvislam.com

Wednesday, November 10, 2010

Api Oh! Api

"Api..api..lari!"
"Selamatkan diri!!"

Siren kecemasan kedengaran. Bertempiaran semua orang menyelamatkan diri.
Saat itu semua orang hanya memikirkan diri sendiri.
Tiada lagi istilah boss dan kuli. Lari atau mati.

Demikian sedikit gambaran kebakaran yang selalu kita dengar di kaca TV.
Menariknya, tatkala peristiwa ini berlaku tenaga itu datang dengan tiba-tiba dan sungguh luarbiasa.
Malah ada yang mungkin melompat ke luar jendela, mencari jalan keluar yang paling pantas.
Refleksi diri hari ini; Sungguh kurang di antara kita yang lari menyelamatkan diri dari api neraka biarpun sudah tahu akan bahananya.

Malah ada yang menyiram dengan siraman maksiat, menyemarakkan lagi api untuk memanggang diri sendiri.
Aku kira cerita di atas bukan analogi semata-mata tapi ia adalah satu kebenaran yang perlu difahami.
Ia adalah satu gambaran berupa peringatan daripada Allah s.w.t. Dan hanya manusia yang berfikir sahaja yang akan menyedari rahsia alam.

Orang selalu kata yang kita senang ingat Allah bila kita susah. Ironinya, kita kurang pasti berapa ramai yang mengingati Allah tatkala mereka sakit.
Malah ada yang menjadikan alasan sakit itu untuk menjauhkan diri daripada Allah s.w.t. Pelik bunyinya tapi itulah hakikatnya.

Sakit itu semacam satu lesen besar untuk lari dari kewajipan yang sewajarnya.
Sepatutnya, sakit itu adalah peluang untuk kita lebih dekat dengan Allah s.w.t. Daripada-Nya kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali.

"We have physical heart and we have spiritual heart. The physical heart would hardened if we eat a lot. By that I mean arterosclerosis. The same thing goes to spiritual heart. It would harden as well. For the fire was created to melt the hardened heart."

Maka marilah kita semua menyucikan hati kita. Munafiqun itu tempatnya neraka. Kafirun pun sama.
Hanya mukminin yang akan ke syurga. Renungkan pesanan ulama khusus untuk semua

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran iluvislam.com + discover the beauty of islam

Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu.?

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.
Wallahualam.
- Artikel iluvislam.com

Wahai Para Daie

Kamu... mereka yang dikurniakan Allah nikmat ilmu Al-quran dan hadith.
Yang mengetahui apa yang tidak kami ketahui tentang agama kami sendiri.
Dengan itu, telah menjadi tanggungjawab kamu untuk menyebarkannya kepada kami.

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya." - Al-Baqarah, 42

Wahai para dai'e,

Dengarlah rintihan dan permintaan dari kami ini, agar kami boleh memahami apa yang telah menjadi pegangan kami selama ini. Kami tidak ingin jahil selamanya, kami punya semangat tapi kami memerlukan dorongan, sedikit anjakan dari kamu, dan peringatan agar kami tidak kembali lalai.

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." - Ali-Imran, 104

Wahai para dai'e,

Janganlah kamu sesekali merasakan diri kamu itu lebih hebat dan mulia daripada kami, kerana ianya hanya akan menyebabkan kami menjauhi kamu. Biarlah kami sendiri yang merasakan diri lemah dan jahil berbanding dengan kamu agar kami sentiasa mendekatimu untuk memperbaiki diri kami agar memperoleh keredhaan Allah.

"Zuhudlah terhadap apa yang ada di dunia maka Allah akan mencintaimu, dan zuhudlah terhadap apa yang ada di tangan mansusia maka manusia pun akan mencintaimu." - H.R Ibnu Majah dll dgn sanad hassan

Wahai para dai'e,

 Berilah kami nasihat dan peringatan yang sesuai dengan tahap kemampuan iman kami, bersikap lembutlah terhadap kami,  bantulah kami membentuk aqidah kami, janganlah engkau menyeru kami untuk menunaikan ibadah-ibadah sunnah sedangkan ibadah wajib kami tinggalkan.
Jawablah soalan-soalan kami dengan bijak dan sertakanlah sedikit jawapan tambahan agar boleh kami mengambil pengajaran yang bermanfaat. Seperti mana Rasulullah SAW apabila baginda ditanya sama ada air laut itu boleh dibuat wudhuk atau tidak, baginda menjawab

"Laut itu airnya suci lagi menyucikan dan bangkai haiwannya halal" - H.R Malik, al-Syafi'e

Wahai para dai'e

Telah kamu ketahui tanggungjawabmu, maka tunjukkanlah kami teladan yang baik untuk kami ikuti. Janganlah kamu hanya menasihati kami dengan mulutmu, tetapi tidak dengan akhlakmu. Kita sendiri tahu bahawa Allah dan Rasul-Nya tidak suka perbuatan seumpama itu.

"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?" - Al-Baqarah, 44
Dan, telah kamu wahai para dai'e, menjalankan tanggungjawabmu. Maka tibalah giliran kami untuk menyampaikan nikmat Allah ini kepada saudara kita yang masih tidak mengetahui. Dan semoga kita dirahmatiNya...

"Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya." - Ad-Dhuha, 11
- Artikel iluvislam.com