Powered By Blogger

Friday, April 22, 2011

Setiap Masa Penentu Juara

" Ala , lepak la jap . Kn byk mase lagi ni . Lagi 10 minit je pun , apelah sangat  . Tak lama , ko rilek je la."

Siapa kate 10 minit tak berharga ?
Siape kate 5 minit tak berharga ?
Dan siapa kata 1 MINIT tak berharga ?

Jawapan yang TEPAT adalah setiap mase itu berharga .
`Masa itu emas` kankankan .

Tak percaye jugak ?
Tengok tak Pertandingan Sorak Antara Unit Beruniform ?
Juri nak tengok berapa minit ?
1 minit je kan .

Tapi berlatih mcm nk tercabut je kaki .
Berlatih berhari-hari , bahkan berminggu-minggu pun ade .
Tapi juri nak tengok persembahan tu berapa minit ?
SEMINIT ?

FUHH ! Berharga jugak seminit tu .
Kerana seminitlah PENGAKAP LELAKI juara .  The best comander among the best . MUHD TALHA MUTHALIB
Kerana seminitlah PENGAKAP PEREMPUAN naib juara
Dan kerana seminitlah PBSM LELAKI juara . Hebat lah AJWAD !

Kan Muadz dah cakap , setiap masa tu berharga . Walaupun sesaat.
Tak percaya ?

Tengok acara lumba lari . Kebanyakan peserta yang memisahkan tempat pertama , kedua dan ketiga adalah SESAAT .
Jadi , hargailah setiap masa yang ALLAH berikan .

Gunakanlah setiap masa itu dengan sebaik-baiknya seperti berzikir , membaca al-quran .
Seboleh-bolehya , kurangkanlah mencarut dalam setiap masa itu ( kalau Muadz ade mencarut , tegur eea) .

Jadi , kalau kita mempunyai banyak masa yang kita tak tahu nak buat ape , buatlah ape2 aktiviti yang BERFAEDAH . Contohnya , membaca buku , berzikir , usrah , dan macam2 lagi lah !

Okeyh , sampai disini sahaja !

MORAL OF THIS STORY :

1. Hargailah setiap masa yang ALLAH kurniakan .
2. Isilah masa lapang dengan perkara2 yg berfaedah .
3. Berikan tepukan kepada pemenang2 pertandingan sorak
4. Yang tak menang tu , taun dpn MUNGKIN ade lagi peluang . INSHAALLAH
5. PENGAKAP JUARA ! Tepuk tepuk tepuk tepuk PENGAKAP !

Jumpe lagi pada edisi akan datang . Renung-renungkan . Dan selamat beramal . Assalamu`alaikum !

Friday, April 15, 2011

" Eeeii , cube ko tengok budak tu , muka dah la hitam legam , macam arang batu pun ade ."
" Kalau hensem takpe la jugak , nie dah la gemok , berjerawat pulak tu . "

~Kita ni siapa nak menilai seseorang itu ini . Ke korang dah dilantik menjadi juri . Juri untuk pertandingan YANG TAK DILAYAN . Tapi Muadz rase takde pertandingan yang SE..... macam tu .

~ Kita kalau nak menilai orang itu ini , kita lihat lah diri kita balik . Ape yang lebih dengan diri kita . Apa yang kurang dengan diri kita . Apa die ada , kita pulak takde . Pastu pulakk , ape yang kite ade , die pulakk takde .

~ Tiada seorang manusia didunia ini yang cukup sempurna dari segi fizikal , jasmani , rohani , intelek dan macam2 la lagi  . Tak percaya ? Muadz cabar korang , kalau korang jumpe manusia yang sempurna macam yang muadz cakap tu . Muadz akan bagi ganjaran RM 1 juta , Sebidang tanah seluas Stadium Shah Alam dan Pakej Percutian 1 tahun di rumah sediri .

~Muadz jamin korang takkan jumpe yg sempurna gile2 . Gerenti lah . So , kite nie sebagai manusia yang tak seberapa sempurna perlulah sedar siapa diri kita .

~Oleh itu , kita janganlah sesekali kutuk orang tu hitam la , tu lah , ini lah . Nak tau kenapa ? Sebab Sahabat NABI MUHAMMAD S.A.W . ( jawab salam tau ) , Bilal bin Rabah , pun kulit die hitam . Tapi Rasulullah tetap bersahabat dengan . Nak tau kenapa ? Sebab itulah ciri2 yang ada pada Rasulullah .

~ Rasulullah tetap berkawan dengan sesiapa sahaja tak kire lah orang tu pendek ke , gemok ke , itu ke , ini ke . Sebab Rasululah berSAHABAT dengan mereka  bukan sebab kekayaan mereka , bukan sebab kemachoan mereka ke . Tapi Rasulullah bersahabat dengan mereka menggunakan KEIKHLASAN hati .

~ Oleh itu jugalah , kita sebagai manusie niiy perlulah saling bantu-membantu sesama sahabat . Walaupun kita tolong orang tu menggunakan wang kite sendiri , 20 sen . 20 sen ape lah sangat . Tapi 20 sen boley beli aiskrim ape , kan Fieza kan !

~ Walaupun 20 sen tu apelah sangat bagi orang yang kita tolong tu , tapi besar pahalanya diCC Allah . Sebagai contoh , sahabat kite sedang kelaparan . Kite pun belanja lah die aiskrim 20 sen tu . Dengan aiskrim tulah , mugkin die telah mendapat tenaga untuk menunaikan solat , untuk membaca al-quran , dan macam2 lagi . Nampak tak ?

* So , moral of the story kali ini :
1. Janganlah kutuk mengutuk , mencaci , dan menghina antara satu sama lain .
2. Sentiasalah membantu bukan sahabat sahaja , bahkan cikgu2 , orang tua dan sesiapa sahaja yang sedang dalam kesusahan selagi kita terdaya .
3. BerSAHABAT lah dengan seseorang itu bukan kerana kekayaan , ketampanan , kefamousan die . Tapi berSAHABAT lah dengan mereka kerana merekalah sahabat kite .
4. Sebelum solat , kalau lapar , makan dulu kerana kelaparan itu mungkin akan menyebabkan kekhusyukan kita dalam solat kurang .
5 . Belilah aiskrim buatan mak fieza , sedap , lazat , murah dan berbaloi . Hanya 20 sen je satu . HAHAH!

Sekian . Sampai disini sahaja kita untuk kali ini . Yang baik itu dtg dr Allah dan yg buruk itu dtg nye dari SYAITAN . Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ! Sorry kalau sesiape yang terasa n marah . Tp kalau nk tambah ape2 lagi , juz comment here kay ! BYE :)

Friday, April 1, 2011

Sifat hasad dengki !




"Budak ni , keje die memekak je . Mentang-mentanglah dah beli motor baru . Die ingat ni jalan bapak die ke . HAH ?!"

Knape kite nak dengki dengan orang . Tu motor die , sukati dielah . Nak tunggang style terbang ke , style muka cium jalan ke, lantak die lah .

Drpd korang , korang ade motor ke yang bising2 , mengumpat pasal die ney . Takde ? Kalau takde , senyap je lah .





"Aikk , mase tu naek motor baru memekak je . Tp sekaraang ni , naik basikal . Basikal Fixie pulak uh . Dah la badan gemok . Tak bocor ke tayar ?"

Die naik basikal pun korang dengki jugak . Naik basikal kire okeylah tu , dpt sihatkn badan , tak memekak mcm sebelum ney n mengurangkan lapisan ozon .

Korang ade ke basikal ? Lagi-lagi basikal Fixie mcm die tu . Takde? So , takyah la bising2 .

Cerita di atas tadi hanyalah contoh semata-mata . Sifat dengki ni memang lah satu penyakit yang tak boleh di buang .

Dengki boleh menyebabkan bermacam-macam dosa .




"Hindarilah sifat dengki kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering." (HR Bukhari dan Muslim)

Betapa indahnya hidup yang Allah swt anugerahkan buat hamba-hambaNya yang beriman kerana tidak ada satu gerakan hati dan fizikal pun yang berakhir dengan sia-sia. Semuanya bermakna.

Sungguh rugi mereka yang tidak mampu memahami indahnya hidup dalam persaudaraan iman. 

1. Ada kebencian dalam hati. 

2. Ada permusuhan dalam diri.

3. Ada dengki yang tiba-tiba mendominasi.

Ada Pembangkangan Di Sebalik Dengki 

Jika diteliti sekilas lalu, dengki menunjukkan wujudnya ketidakberesan antara seseorang dengan orang-orang tertentu


Setakat ini sahaja kita untuk hari ini . Adik- beradik berebut nak on9 . Sekali lagi minta maaf atas segala kesulitan dan kesalahan . Jika mahu mengenali sifat hasad dengki dengan lebih mendalam , hanya klik di bawah ini . Sekian . Assalamu`alaikum ! 

1. 
\http://mykonsis.org/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=13:hasad-a-dengki&catid=2:artikel&Itemid=4
2. http://www.syokarticle.com/index.php?option=com_content&view=article&id=173:tip-tip-mengelak-perasaan-hasad-dengki-&catid=51:fikrah&Itemid=88