Powered By Blogger

Monday, December 16, 2019

MDDL OF TH NGHT.

Hi All,

Muadz here.

Before any of you asked if I will change the layouts, templates, or design of this blog, the answer is NO. The reason because, I started this blog by having this kind of templates. Definitely, it will remain in my memories of my 'schoolhoods' back then.

Let's we continue. 

Writing this post after finishing my T1T4S assignment. Tomorrow, there's still lots to go. Total of four assignments need to be submitted on 22/12/19 as that will be my final class for this semester. Taking early Annual Leave for these two days when it supposed to be on the days before Christmas. 

Right now, just chilling and doing nothing while scrolling my Twitter and listening to This is: Harry Styles on Spotify. 

I have to admit that 2019 wasn't the best year for me but there's a lot that I have learned. As for the year of 2020, the only thing that I am concerning is to get a stable job. I didn't say that my current work is not good. It's just, .......nah.I will just keep it to myself. 

2019, I resigned from my previous company after one year and three months there. Even it is a small company, I learned and experience much from people there. Travel to many places, meet up with big bosses, and to serve many kind of people behaviours really open up my mind. 

A week after, I started my current work. Can't believe that ten months have passed. Here, I learned many new things. It includes to know many new terms in construction, do the documenting, scanning, filling and organising, and to handle work under pressure. 

After this semester has ended, I will aggressively do the job hunting. I will send many and lots of resume, CV and any documents needed if I am interested with the job vacancy. 

As mentioned above, I am not saying I hate my current job. In general, some situations forced me. I can't explain it even to myself. 

I really hope that everyone wish me the best in everything that I do.

That's all for today.

Thank you.

Kind Regards,
Muadz Mahfud

Sunday, November 17, 2019

MIDNIGHT THOUGHTS

Hi all,

Muadz here.

Can't believe that 2019 will comes to an end. Few months to 2020, specifically a year where 'flying cars' will be invented. While the only things that flew away is our money. Yeah, in this kind of freaking economy, it sucks. 

Writing this post while doing my Account assignment, in the middle of the night, accompanied by OST K-Drama songs from Spotify PREMIUM (need to highlight this for sure). There's much on my mind. I mean, A LOT. 

First.
How come an ants did not have diabetes if they eat the same sugar as we did? Or they do have diabetes but we did not know? Or they immune from any diseases?

Second.
How does it feels to be Alif Satar? He's truly an idol, an inspirations, an icon. He can do anything, be everything. He's surely being raised in such a good family.

Third.
I always think that I live in a bad condition, did not have things that I wanted. When actually, there are thousands or millions people lives in bad condition compared to me. How ungrateful I am.

Fourth.
Until when I can wake up by myself to perform Subuh prayer? Until when, Muadz? Always 'Subuh gajah' or just not pray at all. Until when?

Fifth. 
Am I a man to her? Or just a friend? Or an option? Oh sh*t, I should stop talking about this.

Good night everyone. Sleep tight!

Regards,
Muadz Mahfud. 

Sunday, June 3, 2018

Tuesday, May 22, 2012

Glory Glory Man United lyrics 


Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
As the reds go marching on on on!

Just like the busby babes in days gone by,
We'll keep the red flags flying high,
Your gonna see us all from far and wide,
Your gonna hear the masses sing with pride.

United, Man united,
We're the boys in red and we're on our way to Wembley!

Wembley, Wembley,
We're the famous Man united and we're going to Wembley,
Wembley, Wembley,
We're the famous Man united and we're going to Wembley

In Seventy-Seven it was Docherty
Atkinson will make it Eighty-Three
And everyone will no just who we are,
They'll be singing que sera sera

United, Man united,
We're the boys in red and we're on our way to Wembley!

Wembley, Wembley,
We're the famous Man united and we're going to Wembley,
Wembley, Wembley,
We're the famous Man united and we're going to Wembley

Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
As the reds go marching on on on!

Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
As the reds go marching on on on!

Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
As the reds go marching on on on!


Senarai Keperluan Perkhemahan Jambori Jutaan Belia 2012


1.  Pakaian seragam;

2.  Pakaian sukan ( T.shirt,Seluar Trek dll );

3.  Pakaian solat;

4.  Pakaian peribadi ( kemeja T, Baju dalam dll );

5.  Peralatan mandi dan hias diri ( tuala, sabun, berus gigi, selipar dll );

6.  Alatan menulis;

7.  Ubat peribadi;

8.  Buku log ( sekurang-kurangnye dua buah );

9.  Tali, plastik ( jika perlu );

10.  Khemah ( sekolah ada sediakan, seboleh-bolehnya bawa sendiri );

11.  Makanan ( disediakan oleh pihak penganjur, membawa bekalan sendiri digalakkan );

12.  Toto/ cadar/ selimut/ bantal.;

13.  Cover khemah/ penutup khemah ( malam-malam sejuk )- jika perlu 

14.  Gayung 

15.  Benang dan jarum

16. Multi- plug ( nak charge handphone or something memang susah nak cari suis elektrik )-jika perlu 




17.  Stoking lebih 

18.  Duit yang secukupnya

19. Disiplin 

Jika ada keperluan yang lain yang perlu dibawa, akan dimaklumkan. Diminta semua peserta yang menyertai Jambori ini menjaga disiplin dan kelakuan . Peserta yang beragama ISLAM juga wajib menunaikan kewajipan agama . Sekian . Assalamu'alaikum. Pesanan dari Akip Hassan, "Berkawan boleh, jangan nak menyotong". 


Saya yang menurut perintah,


........................................
(MUHAMMAD MUADZ BIN MOHD MAHFUD)
Ahli Pengakap. 


Wednesday, May 9, 2012

Peperiksaan Pertengahan Tahun

  Tiada apa yang mampu ku 'post' selain Selamat Menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi semua pelajar . Semoga beroleh keputusan yang cemerlang . Ingat . Buat yang terbaik . Nanti mak bapak korang amik report card tau.

    Sebelum pergi sekolah cium pipi n tangan mak bapak . Mintak restu dari diorang tau . Nanti tak berkat pulak. Minta maaf kat diorang walaupun korg rase tak pernah buat salah kat diorang .

     Periksa2 pun kelas kemas la jugak. Jangan biar sampah berterabur merata-rata. Kerusi meja susun elok2. Tunjukkan yang kita ni pelajar yang berdisiplin dan bertanggungjawab....macam saya...HARHARHAR ( bak kata WAN Direction ) CHOI !!

      HAHAHH . post pertama untuk tahun ini. Mungkin lepas periksa habis saya berkelapanagan untuk meng'update' post yg ke-2 bagi tahun ini. Apapun Tepuk Dada Tanya Iman . Dah Solat ?!!! Assalamu'alaikum !!

Thursday, December 15, 2011

Jom Join Blogwalking 2012 by JiwarOsak


Kakak dan abang, Jom Join Blogwalking ni :)
NAMPAKNYA, macam GEMPAK jer.. haih ! kenapa ramai perempuan jer ek !
Takpe2 . itu bukan halangan ia semua (:
Okay ! sebelum tu, Muadz berasal dari KL tapi, pindah ke SELANGOR ..



Tekan kat atas tu lahh ^_^


Mangsa keadaan muadz:  

Friday, April 22, 2011

Setiap Masa Penentu Juara

" Ala , lepak la jap . Kn byk mase lagi ni . Lagi 10 minit je pun , apelah sangat  . Tak lama , ko rilek je la."

Siapa kate 10 minit tak berharga ?
Siape kate 5 minit tak berharga ?
Dan siapa kata 1 MINIT tak berharga ?

Jawapan yang TEPAT adalah setiap mase itu berharga .
`Masa itu emas` kankankan .

Tak percaye jugak ?
Tengok tak Pertandingan Sorak Antara Unit Beruniform ?
Juri nak tengok berapa minit ?
1 minit je kan .

Tapi berlatih mcm nk tercabut je kaki .
Berlatih berhari-hari , bahkan berminggu-minggu pun ade .
Tapi juri nak tengok persembahan tu berapa minit ?
SEMINIT ?

FUHH ! Berharga jugak seminit tu .
Kerana seminitlah PENGAKAP LELAKI juara .  The best comander among the best . MUHD TALHA MUTHALIB
Kerana seminitlah PENGAKAP PEREMPUAN naib juara
Dan kerana seminitlah PBSM LELAKI juara . Hebat lah AJWAD !

Kan Muadz dah cakap , setiap masa tu berharga . Walaupun sesaat.
Tak percaya ?

Tengok acara lumba lari . Kebanyakan peserta yang memisahkan tempat pertama , kedua dan ketiga adalah SESAAT .
Jadi , hargailah setiap masa yang ALLAH berikan .

Gunakanlah setiap masa itu dengan sebaik-baiknya seperti berzikir , membaca al-quran .
Seboleh-bolehya , kurangkanlah mencarut dalam setiap masa itu ( kalau Muadz ade mencarut , tegur eea) .

Jadi , kalau kita mempunyai banyak masa yang kita tak tahu nak buat ape , buatlah ape2 aktiviti yang BERFAEDAH . Contohnya , membaca buku , berzikir , usrah , dan macam2 lagi lah !

Okeyh , sampai disini sahaja !

MORAL OF THIS STORY :

1. Hargailah setiap masa yang ALLAH kurniakan .
2. Isilah masa lapang dengan perkara2 yg berfaedah .
3. Berikan tepukan kepada pemenang2 pertandingan sorak
4. Yang tak menang tu , taun dpn MUNGKIN ade lagi peluang . INSHAALLAH
5. PENGAKAP JUARA ! Tepuk tepuk tepuk tepuk PENGAKAP !

Jumpe lagi pada edisi akan datang . Renung-renungkan . Dan selamat beramal . Assalamu`alaikum !

Friday, April 15, 2011

" Eeeii , cube ko tengok budak tu , muka dah la hitam legam , macam arang batu pun ade ."
" Kalau hensem takpe la jugak , nie dah la gemok , berjerawat pulak tu . "

~Kita ni siapa nak menilai seseorang itu ini . Ke korang dah dilantik menjadi juri . Juri untuk pertandingan YANG TAK DILAYAN . Tapi Muadz rase takde pertandingan yang SE..... macam tu .

~ Kita kalau nak menilai orang itu ini , kita lihat lah diri kita balik . Ape yang lebih dengan diri kita . Apa yang kurang dengan diri kita . Apa die ada , kita pulak takde . Pastu pulakk , ape yang kite ade , die pulakk takde .

~ Tiada seorang manusia didunia ini yang cukup sempurna dari segi fizikal , jasmani , rohani , intelek dan macam2 la lagi  . Tak percaya ? Muadz cabar korang , kalau korang jumpe manusia yang sempurna macam yang muadz cakap tu . Muadz akan bagi ganjaran RM 1 juta , Sebidang tanah seluas Stadium Shah Alam dan Pakej Percutian 1 tahun di rumah sediri .

~Muadz jamin korang takkan jumpe yg sempurna gile2 . Gerenti lah . So , kite nie sebagai manusia yang tak seberapa sempurna perlulah sedar siapa diri kita .

~Oleh itu , kita janganlah sesekali kutuk orang tu hitam la , tu lah , ini lah . Nak tau kenapa ? Sebab Sahabat NABI MUHAMMAD S.A.W . ( jawab salam tau ) , Bilal bin Rabah , pun kulit die hitam . Tapi Rasulullah tetap bersahabat dengan . Nak tau kenapa ? Sebab itulah ciri2 yang ada pada Rasulullah .

~ Rasulullah tetap berkawan dengan sesiapa sahaja tak kire lah orang tu pendek ke , gemok ke , itu ke , ini ke . Sebab Rasululah berSAHABAT dengan mereka  bukan sebab kekayaan mereka , bukan sebab kemachoan mereka ke . Tapi Rasulullah bersahabat dengan mereka menggunakan KEIKHLASAN hati .

~ Oleh itu jugalah , kita sebagai manusie niiy perlulah saling bantu-membantu sesama sahabat . Walaupun kita tolong orang tu menggunakan wang kite sendiri , 20 sen . 20 sen ape lah sangat . Tapi 20 sen boley beli aiskrim ape , kan Fieza kan !

~ Walaupun 20 sen tu apelah sangat bagi orang yang kita tolong tu , tapi besar pahalanya diCC Allah . Sebagai contoh , sahabat kite sedang kelaparan . Kite pun belanja lah die aiskrim 20 sen tu . Dengan aiskrim tulah , mugkin die telah mendapat tenaga untuk menunaikan solat , untuk membaca al-quran , dan macam2 lagi . Nampak tak ?

* So , moral of the story kali ini :
1. Janganlah kutuk mengutuk , mencaci , dan menghina antara satu sama lain .
2. Sentiasalah membantu bukan sahabat sahaja , bahkan cikgu2 , orang tua dan sesiapa sahaja yang sedang dalam kesusahan selagi kita terdaya .
3. BerSAHABAT lah dengan seseorang itu bukan kerana kekayaan , ketampanan , kefamousan die . Tapi berSAHABAT lah dengan mereka kerana merekalah sahabat kite .
4. Sebelum solat , kalau lapar , makan dulu kerana kelaparan itu mungkin akan menyebabkan kekhusyukan kita dalam solat kurang .
5 . Belilah aiskrim buatan mak fieza , sedap , lazat , murah dan berbaloi . Hanya 20 sen je satu . HAHAH!

Sekian . Sampai disini sahaja kita untuk kali ini . Yang baik itu dtg dr Allah dan yg buruk itu dtg nye dari SYAITAN . Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ! Sorry kalau sesiape yang terasa n marah . Tp kalau nk tambah ape2 lagi , juz comment here kay ! BYE :)

Friday, April 1, 2011

Sifat hasad dengki !




"Budak ni , keje die memekak je . Mentang-mentanglah dah beli motor baru . Die ingat ni jalan bapak die ke . HAH ?!"

Knape kite nak dengki dengan orang . Tu motor die , sukati dielah . Nak tunggang style terbang ke , style muka cium jalan ke, lantak die lah .

Drpd korang , korang ade motor ke yang bising2 , mengumpat pasal die ney . Takde ? Kalau takde , senyap je lah .





"Aikk , mase tu naek motor baru memekak je . Tp sekaraang ni , naik basikal . Basikal Fixie pulak uh . Dah la badan gemok . Tak bocor ke tayar ?"

Die naik basikal pun korang dengki jugak . Naik basikal kire okeylah tu , dpt sihatkn badan , tak memekak mcm sebelum ney n mengurangkan lapisan ozon .

Korang ade ke basikal ? Lagi-lagi basikal Fixie mcm die tu . Takde? So , takyah la bising2 .

Cerita di atas tadi hanyalah contoh semata-mata . Sifat dengki ni memang lah satu penyakit yang tak boleh di buang .

Dengki boleh menyebabkan bermacam-macam dosa .




"Hindarilah sifat dengki kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering." (HR Bukhari dan Muslim)

Betapa indahnya hidup yang Allah swt anugerahkan buat hamba-hambaNya yang beriman kerana tidak ada satu gerakan hati dan fizikal pun yang berakhir dengan sia-sia. Semuanya bermakna.

Sungguh rugi mereka yang tidak mampu memahami indahnya hidup dalam persaudaraan iman. 

1. Ada kebencian dalam hati. 

2. Ada permusuhan dalam diri.

3. Ada dengki yang tiba-tiba mendominasi.

Ada Pembangkangan Di Sebalik Dengki 

Jika diteliti sekilas lalu, dengki menunjukkan wujudnya ketidakberesan antara seseorang dengan orang-orang tertentu


Setakat ini sahaja kita untuk hari ini . Adik- beradik berebut nak on9 . Sekali lagi minta maaf atas segala kesulitan dan kesalahan . Jika mahu mengenali sifat hasad dengki dengan lebih mendalam , hanya klik di bawah ini . Sekian . Assalamu`alaikum ! 

1. 
\http://mykonsis.org/v3/index.php?option=com_content&view=article&id=13:hasad-a-dengki&catid=2:artikel&Itemid=4
2. http://www.syokarticle.com/index.php?option=com_content&view=article&id=173:tip-tip-mengelak-perasaan-hasad-dengki-&catid=51:fikrah&Itemid=88

Friday, March 25, 2011

     

       Assalamu`alaikum sahabat . Muadz na minx maaf kalau muadz ade buat salah n silap yg antum rasa kecil hati . Kita ney sebagai manusia memang tidak akan terlepas dari melakukan dosa . Tidak kiralah dosa itu kecil ataupun besar . Kita kalau hendak melakukan sesuatau perkara perlulah berfikir dan perkara paling bodoh adalah berfikir selepas melakukan sesuatu perkara . muadz juga sentiase memaafkan sahabat2 ana yg melakukan dosa kat ana ye sahabat2 ! muadz harap korang doakan muadz dpt 9A ekk dlm PMR amin !! that`s all .

saje je na tulis merepek2 . hehehehe ! assalamu`alaikum

Sunday, March 13, 2011

Allah itu Kejam ?

Assalamu`alaikum pengunjung blog Ukhuwah Fillah !

    Didalam dunia ini , Allah telah menciptakan manusia berbagai rupa, dan keadaan . Jadi janganlah dengki kepada mereka yang kaya , pandai dan seb. againya kerana Allah hanaya meminjamkan semua itu sementara sahaja untuk kita . Jadi , berlaku adillah sesama manuisa .   Jika di dalam sebuah restoran itu tukang masak adalah BOSS . Penjaga kaunter adalah BOSS . Pelayan adalah BOSS .Dan BOSS adalah BOSS  . Siapa yang akan menjadi BOSS kalau semua orang ingin menjadi BOSS .

   Oleh itu Allah menciptakan manusia berlainan rupa , kelebihan dan kekurangan yang ada pada seseorang mempunyai sebab untuk DIA berbuat demikian . Dia telah lama berfikir untuk kita kerana Dia lah yang MAHA BIJAKSANA .

   Bayangkan jika satu dunia ini semua orang menjadi perdana menteri . Habis tu siapa pula yang hendak membuat makanan , membersihkan kawasan persekitaran dan berbagai lagi . Oleh itu , kita sesama manusia janaganlah takbur dan bongkak atas kelbihan yang tidak ada pada orang lain .

   Walau tinggi mana pun pangkat kita , kita seharusnya jangan memandang rendah kepada pekerjaan yang dianggap JIJIK oleh masyarakat . Contohnya tukang sapu sampah , pekerja INDAH WATER ( dan yang sama maksud dengannya ) . OTOL TECHNO ENTERPRISE dan sbgnya .

  Sepandai mana pun kita , pelajaran kita juga meungkin akan merosot dan tidak dapat menumpuhatian perhatian terhadap longgokan sampah jikalau tukang sapu sampah tidak wujud di dunia ini .

   Begitu juga dengan bangunan2 mewah yang tersergam indah , tidak akan dipandang oleh orang jika terdapat banyak sampah yang perlu dilakukan oleh mereka yang sepatutnya melakukkan kerja itu .

MORAL OF THE STORY :
 1.Allah bukannya kejam , cume dia berfikir apa yang baik dan buruk untuk umat manusia
2. Tidak memandang hina pekerjaan yang dianggap takde "class"
3. Jangan berebut-rebut ingin menjadi presiden . kalau telah dipilih . laksanakan tanggungjawab dengan amanah dan adil !

Sekian . Wassalamah ! Sory post sikit sgt . Dh x de mase da nie . nternet pon lembab . ngee~

Saturday, January 29, 2011

TEMENGGUNG JUARA

  
        aahh !! kasut kotor ...
  Konon hero la nie !

Post pertama tahun 2011 , Januari
   Fuhh ! penat btul smlm . Pagi tu dh la road run . Pastu kene pegi solat jumaat -Kutip duit . Lipat tikar and sejadah . dapat la gaji yg x seberapa tapi bersyukur .! Sebenarnye dh lame x berblogging pasal kakak and adik conquer nternet . Tapi meray kt dorang . pastu dpt laa.

  Nie nk cite nie . Ape perasaan korang bile rumah sukan korang juara / kalah . Mestilah ade yg sedih x kurang juga yg gembira . kite nie sbg umat Islam x usah nk gadoh2 pasal bende yg remeh -temeh . orang kan dah besar , pandai2 la korang settle kan hal korang .

 Muadz nk ucap la tahniah kt sume org yg berjaya memeriahkan Kejohanan Merentas Desa tu . Walaupun x menang , x pela . tu bkn rezeki korang . maybe next time ade la tu . Tapi korang kene radha akan ketentuan Tuhan .

  Sebab kemenangan tu Allah yg punyer . Itu hakNYA nk bg kt sesiape yg bertuah . Kalau x dpt ape yg dihajati , jgn la nk marah kt Allah . Sbb sume yg ade kt dunia '"neyh" Allah yg punyer .

  Kite sume kene fikir balek . Kite Tuhan ke Allah tu Tuhan ? Jawaban yg tepat mestilah ALLAH LA TUHAN . Contoh la Faris ade buah limau yg manis ( Happy New Year 2 all Chinese) Muadz ckp la kt Faris yg Muadz nk rase sket buah limau tu esok . Faris ckp okey la tp Faris x janji . Klau Faris lapar , Faris mkn la limau tu . Esok pulak Muadz ckp kat Faris yg Muadz nk limau tu . Tapi Faris dh mkn buah limau tu sbb dye lapar . Muadz pon marah Faris . Padahal limau tu Faris yg punyer , skati dye la nk mkn ke , nk buat hiasan ke.

 Begitu juge lah dgn Allah . Dye yg Maha Memiliki .! So , Muadz nk berterima kaseh kepd ALLAH Yang MAHA ESA . Kerana DIA telah memberi Muadz merasai kemenagan dan kenikmatan juara .! Kn Faris kn !

  So TEMENGGUNG , after this jgn maen2 . leburkan rekod BENDAHARA yg tlah juara ? kali berturut -turut .!

Okeyh , Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ! Sorry klau ade yg terasa hati . hehehe . Kite hidup didunia nie sementara jer . KEMENANGAN akhirat lgi penting kan .!

Monday, November 22, 2010

Perut Merupakan Sumber Penyakit

   Al-Miqdam bin Ma`di Karib r.a berkata , Mafhumnya : " Saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :

   " Tidak ada wadah ( bekas) yang dipenuhi oleh anak Adam yg lebih buruk drpd perutnya . Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap kecil yang akan menegakkan tulang punggungnya , jika dai mesti berbuat , maka hendaklah dia menjadikan sepertiga isi perutnya untuk makanan , sepertiga yang lain untuk minuman , dan sepertiganya lagi untuk nafasnya . "  ( HR. Tirmizi , Ibnu Majah dan Ibnu Hibban )

     Hadis di atas memberi petunjuk tentang perut kerana ia adalah sarang penyakit. Perut adalah tempat makanan dan minuman yg kita makan , juga tempat mengolah makanan sekaligus boleh menjadi sumber kesihatan dan penderitaan.

     Betapa banyak sifat bermalas-malasandan rasa berat untuk melakukan pekerjaan ketika kita lepas kontrol pada makanan yang sangat kita sukai tanpa memikirkan apa akibatnya atau minum dengan sangat lahap ketuka kehausan .

     Ada kisah tentang  meminum dengan perlahan - lahan ketika kehausan .

    Seorang penunggang kuda berkeliling untuk urusan yang sangat penting dan telah berjalan berjam-jam sehingga bajunya basah kerana keringat berpeluh . Demikian pula kudanya yang telah kehausan setelah berjalan beribu-ribu langkah .
    
    Setelah lama berjalan dalam keadaan yang kepenatan dan kehausan , si penunggang terjumpa sebuah perkhemahan , lalu dia melibas tali ke punggung kudanya supaya bergerak pantas ke khemah tersebut untuk mendapatkan air untik menghilangkan rasa haus dan penat .

    Lalu setelah sampai ke perkhemahan tersebut , dia terjumpa seorang gadis kecil  yang cantik dan memiliki kecerdasan dan sifat yang amali. Gadis tersebut melihat muka penungggang tersebut yang berpeluh dan keletihan .

    Kemudian gadis tersebut meluru kearahnya dan membawa secawan kurma-kurma kering yang baru dipetiknya di belakang rumah sebelum penunggang tersebut sampai .

    Lalu penunggang tersebut menerima secawan air itu sambil dikipaskan oleh gadis kecil itu dan mula minum dengan perlahan . Walaupun kehausan , penunggan tersebut meminum dengan perlahan sambil menyingkirkan kurma2 kering tersebut dengan hujung jarinye supaya tidak ikut terminum lalu masuk ke dalam perutnya .

    Setelah selesai untuk cawan yang ke-5 , gadis kecil itu bertanya kepadanya : " Apakah tuan sudah puas minum atau mahu saya menambah lagi ?" Dengan memuji Allah S.W.T , dia mengatakan : " Saya sudah cukup puas ." Akan tetapi dia mengeluh kerana adanya kurma2 kering yg menghalangnya untuk minum .

     Gadis itu dengan senyum menjawab : " Sayalah yang sengaja meletakkannya ketika saya lihat tuan sedang keltihan dan kehausan ." Penunggang itu membalas : " Mengapa engkau berbuat demikian ? " Gadis itu menjawab : " Itulah yang diajar oleh bapaku agar engkau tuan tidak minum dengan sekali teguk kerana itu akan menyebabkan tuan sakit dan membahayakan mu ."

      Maka , lelaki itu mengucapkan terima kasih dan menyatakan rasa kagumnya terhadap kepandaian dan kecerdikan gadis kecil itu , lalu penunggang yang baik hati itu membuat keputusan untuk mengambil gadis kecil itu sebagai anak angkatnya .

     Mungkin ini juga yang dimaksudkan Rasulullah s.a.w dalam nasihatnya kepada kita ketika beliau memberikan petunjuk agar kita minum dengan tiga kali nafas, baik dalam keadaan haus mahupun tidak .

     Lalu timbul pertanyaan , apakah Nabi Muhammad seorang doktor sedangkan dia buta huruf , tidak pandai membaca dan menulis untuk mempelajari ilmu kedoktoran ?

    Saya tidak ada jawaban  yang lengkap tentang soal ini . Tetapi sudah jelas inilah salah satu sifat kenabian yang cerdik , yang segala perilakunya dan keputusannya diturunkan dari Allah S.W.T Yang Maha Agung.

Sekian .

~Nukilan Sendiri dan tiada copy paste ~

Saturday, November 13, 2010

Kem Kepimpinan Remaja ( ^__^)

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh . Antum semua sehat ?!! Ana sehat . !! InshaAllah semoga Allah memberkati dan merahmati hidup antum .Amin !!

    Alhamdulillah , selesai sudah Kem Kepimpinan Remaja yg dianjurkan oleh Biro Muslimat Surau Al-Hidayah . Terima kasih diucapkan kepada Pengerusi Surau Al-Hidayah , En. Abdul Mofti bin Ahmad Jantan , Ustazah Wan Noriah serta AJK Surau Al-Hidayah yg betungkus-lumus menyiapkan dan menyediakan segala kelengkapan dan peralatan bagi keselesaan pelajar.

  Program yang baik dan bermanfaat seperti ini sepatutnya diisi oleh peserta dengan memberi sepenuh tumpuan kepada apa yang akan disampaikan. Walaupun Kem  tersebut berlangsung selama 2 hari 1 malam , para peserta menunjukkan minat dalam setiap aktiviti atau tugas yang perlu dilakukan.

  Perasaan ana sungguh gembira , lebih-lebih lagi dalam aktiviti berkumpulan. Ianya dapat mengajar kita bagaimana untuk bekerjasama dalam kumpulan . Aktiviti ini juga dapat mengajar kita bagaimana untuk berkomunikasi sesama ahli kumpulan .

   Oleh sebab terpaksa bangun awal untuk melakukan Qiamullail , ana paksa diri ana untuk bangun kerana ana tahu banyak kelebihan dan manfaat jika kita mengejarkannya dengan penuh keikhlasan dan ketaqwaan. Qiamullail tersebut diketuai oleh Abg Maududi

  Walaupun ada juga berasa sedih kerana abang-abang Naqib ( Ajwad , Hafiz , Adry , Maududi , lagi sorang x ingat ) dan kakak-kakak Naqibah ( Hamiza , Nurul , Fatin dan Nadia ) terpaksa pulang awal dan tidak dapat makan tengah hari bersama-sama.

  Tapi yang paling ana gembira kumpulan "UMAR ABDUL AZIZ" yang terdiri daripada ana sendiri , Ismail , Fauzan , Jazari , (Ammar dan adik terpaksa pulang awal) dan juga abang Naqib , Adry. Kami telah dipilih oleh juri yang rata-rata professional belaka untuk memenangi aktiviti Pembentangan yang membawa tajuk Ciri-ciri Kepimpinan Islam .
 
   Kepada sesiapa yang tidak dapat  menghadirkan diri atas sebab-sebab tertentu mahupun tidak mahu hadir , hadirkan diri ke Program seperti dan InshaAllah dengan rahmat dan hidayah Allah , anta dan antum akan menjadi anak yang soleh dan solehah .

Takbir!! Allahuakbar!! Takbir !! Allahuakbar !! Takbir !! Allahuakbar!!

~Sekian~

Friday, November 12, 2010

Malaysia Sebuah Hub Pusat Hiburan ?!

alt











Hasrat pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP) adalah sesuatu yang mendukacitakan.

Malah satu daripada 12 projek permulaan (EPP) itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, maka makin mudah lah artis seperti Adam Lambert untuk mengadakan konsert di negara Islam ini.

Lapor Malaysiakini, lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.

Adakah kerajaan tidak 'aware' bahawa sangat ramai pemuda Islam dan Melayu yang mengunjungi kelab-kelab malam di kota-kota? Tidakkah mereka membaca surat khabar Harian Metro atau ambil pengajaran dari rancangan Edisi Siasat atau 999?

Masyarakat kita makin tenat dek gejala sosial yang tidak pernah berkurang dan kerajaan berhasrat untuk menyediakan lebih ruang dan peluang untuk maksiat?
Adakah berbaloi hasrat ini hanya kerana ia mampu meningkatkan pendapatan negara dan kita pula perlu membayar nilai itu dengan masyarakat yang semakin hancur kerana lorong nafsu semakin luas terbuka?

Persoalan lain adalah, tiadakah cara lain yang boleh kita usahakan untuk memantapkan lagi industri pelancongan negara?
Semoga pihak kerajaan menilai semula langkah ini kerana pastinya rakyat tidak berkenan dan kecewa dengan berita ini.

Memetik apa yang yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin,

"Lorong ke Syurga itu perlu melalui duri-duri (melawan nafsu), dan lorong ke Neraka itu dengan mengikuti hawa nafsu". (Hadis riwayat Abu Daud & Ahmad, Albani : Sohih )

"Sesungguhnya Allah swt berkata kepada Adam (a.s) : Sesungguhnya Allah akan membangkitkan zuriat kamu dengan sekumpulan akan ke neraka, maka berkata Adam : Wahai tuhanku, berapa ramai jumlah mereka. Jawab Allah : dari setiap seribu orang, seramai 999 akan ke neraka dan hanya seorang ke syurga. ( Hadis riwayat Ahmad & At-Tabrani dengan sanad yang baik : Majma' Az-Zawaid, no 18621)

Dari hadis di atas, jelas dinyatakan nisbah penduduk syurga dengan neraka dari 1000 orang, 999 akan dihumban ke neraka dan hanya seorang sahaja yang layak ke syurga. Justeru, mengapa industri nafsu ingin dijadikan sumber pendapatan?

Bukankah lebih baik jika pihak kerajaan berusaha untuk membawa kita rakyat-rakyatnya ke arah mendapatkan syurga Allah..

- Artikel iluvislam.com
SIAPAKAH YANG DIGELAR  MUSLIM ?

Perkara yang utama yang patut diketahui oleh setiap Muslim ialah ‘ Siapakah yang digelar Muslim dan apakah erti seorang yang mengaku Muslim ? ‘. Jika seseorang manusia itu tidak mengetahui apa erti kemanusiaan dan tidak dapat membezakan di antara manusia dan binatang, maka dengan mudah ia akan melakukan perbuatan-perbuatan yang bersifat kebinatangan dan ia tidak tahu untuk menghayati sifat kemanusiaannya.

Begitu juga halnya jika seorang Muslim yang tidak mengenali pendiriannya sebagai seorang Islam dan tidak mengetahui perbezaan antara  dia dan kafir, maka dia akan bertindak sebagai orang kafir dan juga tidak akan merasakan keagungannya sebagai seorang Muslim.

Oleh yang demikian setiap Muslim dan kanak-kanak Muslim harus diajar dan dididik serta diasuh tentang pendirian  dan kedudukan mereka sebagai seorang Muslim. Mereka perlu tahu akan perubahan kedudukan mereka setelah mereka menjadi Muslim. Mereka perlu tahu akan tanggungjawab yang dikenakan terhadap mereka berikutan kedudukan mereka sebagai seorang Muslim. Mereka patut  kenal akan batas-batasan yang akan menjamin dan mengekalkan diri mereka sebagai Muslim agar mereka tidak melewatinya. Mereka patut tahu bahawa dengan melewati batas-batas tersebut, mereka akan bersara dari menjadi seorang Muslim walaupun mulut mereka berlagak sebagai seorang Muslim.

Erti Islam


Erti Islam ialah ketaatan dan rasa tanggungjawab terhadap Allah s.w.t. Menyerah diri mereka kepada Allah s.w.t  Mengorbankan  kebebasan diri untuk Allah s.w.t. Islam  ialah menyerah diri kita kepada  Pemerintahan dan Kerajaan serta Kekuasaan Allah s.w.t. Seseorang yang menyerah  semua urusan kehidupannya  kepada peraturan  Allah s.w.t,  dia adalah seorang Muslim. Seseorang yang mengatur urusan hidupnya mengikut kehendak sendiri atau mengikut kehendak orang lain, di adalah bukan Muslim. Penyerahan urusan hidup kita mengikut peraturan Allah s.w.t bererti menerima panduan yang diberikan oleh Allah s.w.t, melalui kitabNya dan RasulNya dan tiada langsung  secebis sikap penentangan terhadap panduan ini. Adalah penting sekali bagi kita  untuk menyelesaikan segala  masalah hidup kita ini dengan berpandukan kitab suci al Quran dan as Sunnah an Nabawiyyah.

Seseorang yang mengutamakan nasihat-nasihat dari Allah s.w.t dan membelakangkan pendapat-pendapat dari pemikirannya sendiri, maka dia adalah Muslim. Seseorang yang merujuk semua perkara atau hal kepada Kitab Allah dan Hadith Rasulullah s.a.w  dan menegah dirinya dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Kitab  Allah s.w.t dan  Sunnah  Rasulullah s.a.w , dia adalah Muslim. 

Dapat difahami dengan ringkas bahawa seseorang yang melayakkan dirinya dalam golongan Muslim bila dia telah mempu menyerahkan keseluruhan dirinya kepada  Allah s.w.t. Bagi sesiapa yang menolak  panduan-panduan al Quran dan Sunnah Rasullullah s.a.w, maka jelaslah  mereka ini bukan Muslim. Bagi mereka yang mengutamakan  pendapat dan pemikiran mereka untuk mengatur seluruh hidup mereka dengan membelakangkan panduan al Quran dan Sunnah maka mereka  juga bukan Muslim, begitu juga halnya mereka yang mengutamakan amalan nenek moyang mereka, mereka juga bukan Muslim. Bagi mereka yang mengatur hidup  mereka yang dunia perkatakan dan bukan apa yang al Quran dan as Sunnah tetapkan, maka mereka juga bukan Muslim.

Bagi mereka yang mengetahui akan panduan dan ajaran al Quran dan as Sunnah Rasulullah s.a.w tetapi mereka masih boleh berkata : Ia tidak dapat diterima oleh pemikiranku, oleh itu aku menolaknya atau nenek moyangku bertindak menurut cara lain, oleh itu aku tidak akan  menurut panduannya atau amalan dunia bertentangan  amalannya lantaran aku akan mengamal cara yang dunia mahu, maka mereka yang berkata sedemikian  ialah munafik (pembohong atau pendusta), jika mereka mengaku  mereka adalah seorang Muslim.

Tanggungjawab Seorang Muslim


Apabila seseorang itu melafazkan kalimah La Ilaha Illallah, Muhammadur Rasulullah itu bermakna ia telah menerima hanya undang-undang dan peraturan Allah s.w.t dan Allah itu Penaung dan Pemerintah baginya. Ini juga bererti ia mempunyai satu keyakinan yang mengaku benar dan betul apa yang al Quran dan as Sunnah katakan benar dan betul. Apabila ia telah mengaku menjadi Muslim maka bererti dia telah mengorbankan kebesarannya demi Allah s.w.t. Ini juga telah memansuhkan haknya untuk berkata : Pendapat saya ialah ini, dunia mengamalkan yang ini, adat keluarga saya ialah ini, orang suci itu menasihatkan saya berbuat ini dan sebagainya.

Dia tidak boleh memberikan pendapat sedemikian bila berhadapan dengan wahyu Allah s.w.t dan Sunnah Rasulullah s.a.w.. terima sahaja apa-apa yang  berlandaskan al Quran dan as sunnah dan lemparkanlah apa sahaja yang bertentangan dengan kedua-dua nya tanpa memperdulikan pendapat-pendapat yang lain. Tugasnya ialah untuk menghakimkan menurut apa  yang dikehendaki oleh Nur al Quran dan as Sunnah.

Adalah perkara yang amat bertentangan untuk memanggil diri kita Muslim tetapi kita masih boleh mengutamakan pendapat kita sendiri atau adat kebiasaan dunia atau tindakan serta pendapat orang lain dari apa yang dikehendaki oleh al Quran dan as Sunnah. Seseorang itu tidak  boleh  memanggil dirinya Muslim selagi ia masih enggan meletakkan keseluruhan hidupnya  dibawah peraturan al Quran dan as Sunnah. Jika ia  masih memanggil dirinya Muslim, tetapi enggan mengutamakan al Quran dan as Sunnah dalam hidupnya, maka samalah ia dengan orang yang buta tetapi mengaku dapat melihat atau samalah dengan orang pekak teapi mengaku dapat mendengar.

Sesiapapun tidak dapat memaksa seseorang yang tidak Muslim menjadi seorang Muslim tanpa kerelaan hatinya. Dia bebas untuk memilik mana-mana agama yang disukainya dan memanggil dirinya  dengan sebarang gelaran atau nama yang digemarinya. Akan tetapi apabila seseorang itu memanggil dirinya Muslim maka  dia mestilah faham bahawa ia kekal sebagai seorang Muslim selagi ia di dalamnya.
Akan tetapi , apabila dia memanggil dirinya Muslim, maka dia mestilah faham bahawa dia  akan kekal sebagai sorang Muslim selagi dia berada di atas batas yang ditentukan oleh Islam. Batas-batas itu ialah untuk menerima dan meyakinkan  wahyu Allah s.w.t dan Sunnah Rasulullah s.a.w   sebagai tempat berlandasnya segala kebenaran dan keadilan dan menganggap perkara yang bertentangan dengan kedua landasan  tersebut sebagai palsu belaka. Sesiapa yang  berada di dalam lingkungan batasan-batasan tersebut adalah Muslim dan sesiapa yang terkeluar darinya akan dikira tersingkir dari  Islam. Setelah ia disingkirkan, ia masih mengaku Muslim, maka dia telah menipu dirinya sendiri dan orang lain serta dunia seluruhnya. Firman Allah s.w.t:-

Terjemahannya:
“ Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang menerangi), yang  dengan Kitab itu diputuskan perkara orang-orang Yahudi oleh nabi-nabi yang menyerahkan diri kepada Allah, oleh orang-orang alim mereka dan pendita-pendita mereka, disebabkan mereka diperintahkan memelihara kitab–kitab Allah dan mereka menjadi saksi terhadapnya. Kerana itu janganlah kamu takut kepada manusia (tetapi) takut lah kepadaKu. Dan janganlah kamu menukarkan ayat-ayat Ku dengan harga yang sedikit. Barang siapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu  adalah orang-orang yang kafir.”
(Surah Al Maa’idah ayat 44)




















Wallah hu A’alam

Biarkan Cintamu Berkata Tidak !

alt












Kerap diungkapkan, cinta itu buta?Apakah benar cinta itu buta? Apakah cinta orang beriman juga buta? Kalau buta yang dimaksudkan itu tidak mampu lagi melihat mana yang hak, yang mana batil, tentulah cinta orang yang beriman tidak buta.

Tidak! Cinta yang suci tidak buta. Orang beriman tetap celik walaupun sedang dilamun bercinta. Mereka masih tahu dan mampu melihat serta menilai yang mana baik, yang mana buruk, yang mana halal dan yang mana haram sewaktu bercinta.

Namun sekiranya buta yang dimaksudkan tidak nampak lagi segala kesusahan demi mendekatkan diri kepada yang dicintainya (Allah)... ya, cinta orang beriman memang buta. Orang yang beriman tidak nampak lagi ranjau duri untuk mendekatkan diri kepada Ilahi.

Pernah Sayidina Abu Bakar r.a. pernah berkata kepada anaknya, "jika aku menemui mu dalam perang Badar dahulu, aku sedikit pun tidak teragak-agak untuk membunuh mu!"
Mus'ab bin Umair pula pernah berkata kepada ibunya, "jika ibu punya 100 nyawa dan nyawa itu keluar satu persatu, saya tidak akan meninggalkan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad."

Ya, cinta orang beriman itu buta. Tetapi bukan buta melulu. Yang buta melulu hanyalah cinta orang yang lemah iman. Cinta itu telah dikotori oleh kehendak nafsu dan bujukan syaitan. Apa sahaja yang disuruh oleh nafsu dan dihasut oleh syaitan akan diikuti. Cinta buta oleh orang yang buta mata hatinya sanggup mengorbankan maruah, harga diri malah membunuh demi cintanya. Memang benar kata pepatah Arab, seseorang itu menjadi hamba kepada "apa" atau "siapa" yang dicintainya.

Kalau sudah cinta, kita jadi "buta" terhadap penderitaan, kesusahan dan segala keperitan demi menyukakan hati orang yang kita cintai. Oleh itu bertuah sekali jika orang atau apa yang kita cintai itu adalah orang yang baik atau sesuatu yang baik, maka kita akan menjadi hamba kepada orang yang baik dan kebaikan.

Sebaliknya, jika yang kita cintai adalah kejahatan atau orang yang jahat... kita akan diperhambai sentiasa kepada kejahatan. Firaun mati lemas kerana diperhamba kuasa. Manakala Qarun ditelan bumi akibat diperhamba harta. Dan berapa ramai negarawan, hartawan dan bangsawan yang kecundang kerana cintakan wanita?

Cinta Orang Mukmin

Orang mukmin itu sangat cinta kepada Allah. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat ke-165 : "Orang mukmin itu sangat bersangatan cintanya kepada Allah."

Justeru, cinta orang mukmin itu "buta" kepada sebarang kesusahan demi menunaikan perintah Allah. Orang mukmin rela mengorbankan segala kesukaan atau kesenangan dirinya apabila semua itu melanggar perintah Allah. Tidak ada istilah tidak apabila berdepan dengan perintah Allah. Mereka akan berpegang kepada prinsip "kami dengar, kami taat" setiap kali mereka mendengar ayat-ayat cinta (Al-Quran) yang datang daripada Allah.

Apabila berdepan dengan cinta Allah, segala cinta yang lain akan menjadi kecil dan terpinggir. Bayangkan kecintaan Rasulullah saw terhadap bapa saudaranya Abu Talib – orang yang membela dan melindunginya semasa susah dan senang. Bukan sahaja tubuh badan Rasulullah saw dipertahankan oleh Abu Talib tetapi beliau juga telah memberi kasih-sayang, perhatian, simpati dan empati yang tidak berbelah bagi kepada Nabi Muhammad saw.

Ya, Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Talib saling cinta mencintai. Bayangkan hingga ke saat-saat kematian Abu Talib, nabi Muhammad saw terus berdakwah, merayu dan membujuk agar bapa saudaranya itu beriman. Tetapi Subhanallah! Allah Maha Tahu dan Maha Berkuasa terhadap petunjuk dan hati para hamba-Nya. Hidayah milik Allah. Dan hidayah itu tidak diberikan-Nya kepada Abu Talib atas sebab-sebab yang hanya Dia yang mengetahuinya. Lalu matilah Abu Talib dalam keadaan tidak beriman...

Betapa sedihnya hati Rasulullah saw tidak dapat digambarkan lagi oleh kata-kata. Dan pada hari kematian Abu Talib, bersimpuhlah baginda dalam doa demi keselamatan ayah saudaranya yang telah pergi. Namun apa jawapan Allah? Allah menegur dan melarang baginda daripada berdoa untuk keselamatan Abu Talib. Kerana apa? Kerana Abu Talib tidak beriman. Walaupun Allah Maha mengetahui betapa cintanya Rasulullah saw... tetapi Allah mendidik hati seorang Nabi agar berkata tidak walaupun ketika hati terlalu cinta!

Begitulah jua jalur cinta yang luar biasa oleh insan-insan luar biasa sebelum diutuskan Nabi Muhammad saw. Bagaimana Nabi Nuh as, dididik oleh Allah agar berkata "tidak" ketika teringat dan merasa kasihan kepada anak dan isterinya yang derhaka. Menyusul kemudiannya Nabi Luth as yang diperintahkan meninggalkan keluarga yang tercinta tanpa boleh menoleh lagi ke belakang.

Menyusul lagi kemudiannya Nabi Ibrahim as yang pada mulanya rela berpisah dengan bapanya yang menyembah berhala, dan selepas itu rela pula menyembelih anaknya Nabi Ismail demi cintanya kepada Allah. Nabi Nuh, Luth, Ibrahim dan akhirnya Nabi Muhammad s.a.w telah berkata "tidak" kepada cinta-cinta yang lain kerana cinta mereka pada Allah. Lalu di manakah letaknya cinta kita?

Muhasabah Suami Isteri

Muhasabah kembali cinta antara suami-isteri yang mendasari dan menghiasi rumah tangga kita.... Apakah pernah cinta kita berkata, "tidak"? Ah, tanpa disedari kerap kali kehendak isteri atau suami diturutkan sahaja walaupun jelas bertentangan dengan kehendak Allah. Atau kekadang kita sudah bisu untuk menegur kesalahannya kerana terlalu sayang. Sudah ketara, tetapi masih dipandang sebelah mata. Sudah menonjol, tetapi kita pura-pura tidak nampak.

Kekadang ada isteri yang sudah semakin "toleransi" dalam hukum penutupan aurat. Malangnya, si suami biarkankan sahaja tudungnya yang semakin singkat, warnanya yang semakin garang, saiznya yang semakin sendat dan melekat... Ada masanya tangannya sudah terdedah melebihi paras yang dibenarkan, anak tudungnya telah terjulur dan helaian rambutnya sedikit berjuntaian... Itu pun masih didiamkan oleh si suami.
Mengapa begitu? Mungkin kerana terlalu sayang...

Kekadang solatnya pasangan kita sudah mula culas. Tidak menepati waktu dan terlalu "ringkas" pula... Itu pun masih kita biarkan. Mungkin ketika si suami melangkah ke surau atau ke masjid, si isteri masih leka dengan aktiviti rumah yang tidak kunjung reda. Dan keutamaan menyegerakan solat tepat semakin hari semakin dipinggirkan. Pernah ditegur, tetapi mungkin kerana keletihan si isteri jadi sensitif dan merajuk. Tarik muka. Masam wajahnya. Maka suami jadi "jeran" dan mengalah untuk tidak menegur lagi. Kerana apa? Kerana sayang...

Si suami pula kekadang sudah semakin merosot pengamalan Islamnya. Kalau dulu rajin menghadiri kuliah, melazimi solat berjemaah, bersedekah dan berdakwah tetapi entah kenapa "semangat" Islamnya merudum tiba-tiba, roh dakwahnya meluntur, mula malas-malas, leka dengan program TV dan aktiviti-aktiviti yang tidak menyuburkan iman dan Islamnya... si isteri melihat dari dekat.
Itu perubahan yang membimbangkan, detik hati isteri. Ingin menegur, tapi malu. Ingin menasihati, takut dibentak. Dari sehari ke sehari kemerosotan itu dibiarkan. Akhirnya keinginan-keinginan itu menjadi dingin... biarlah dulu. Tunggulah lagi. Ah, semuanya... demi cinta!

Seakan telah dilupakan dahulu kita bernikah kerana Allah. Dihalalkan pergaulan kita antara suami isteri atas
kalimah Allah. Ingat kembali kalimah syahadah dan istighfar yang diulang-ulang oleh Tok Khadi sebagai pembersihan hati dan taubat sebelum tangan dijabat untuk aku janji menerima satu amanah. Nikah diterima, ijab kabul dilafazkan dengan kehadiran wali dan saksi...dan bercintalah kita kerana Allah.

Itulah pangkal perkahwinan setiap pasangan muslim. Untuk mengekalkan cinta, relalah berkata tidak kepada kemungkaran yang dilakukan oleh pasangan kita. Berani dan tegalah berkata tidak apabila Allah dan hukum-Nya dipinggirkan oleh suami atau isteri kita.

Sayidina Abu Bakar pernah memerintahkan anaknya menceraikan isteri yang baru dikahwini oleh anaknya bila didapati anaknya itu mula culas solat berjemaah di masjid kerana leka melayani isteri barunya. Nabi Ibrahim pula pernah berkias agar anaknya Ismail menukar palang pagar rumahnya (isyarat menceraikan isterinya) apabila didapati isterinya itu tidak menghormati orang tua.

"Menghumban" Anak Ke Neraka

Jika kita undur selangkah ke belakang dalam pengamalan syariat, anak-anak akan undur sepuluh langkah ke belakang. Sedikit ibu-bapa tergelincir, terperosok anak ke dalam lubang kemungkaran. Sebab itu sering berlaku, apabila ibu tidak lengkap dalam menutup aurat anak-anak perempuannya akan lebih galak mendedahkan aurat. Lambat si bapa dalam mengerjakan solat, anak-anak akan berani pula meninggalkan solat. Sedikit ibu-bapa terpesona dengan dunia, anak-anak akan terleka dalam mencintainya!

Betapa ramai ibu-bapa yang hakikatnya "menghumban" anak mereka ke neraka kerana dibiarkan melakukan kejahatan tanpa teguran. Ada yang terlalu cintakan anak, hingga dibiarkan anak-anak tidak solat Subuh, konon katanya kasihan nanti anaknya mengantuk kerana kurang tidur. Ada pula anak-anak yang sudah besar panjang tetapi masih tidak dilatih berpuasa kerana tidak sampai hati anak-anak melihat anak-anak kelaparan dan kehausan. Apabila anak-anak pulang lewat malam, ada ibu-bapa yang begitu "sporting" berkata,

"Biarlah... muda hanya sekali, biarkan mereka bersuka-suka, tumpang masih muda!"
Susah benarkah untuk melihat anak-anak, isteri atau suami bersusah-susah kerana Allah? Padahal kesusahan yang sedikit dan sementara di dunia ini adalah suatu yang lumrah demi mendapat kesenangan yang melimpah dan kekal abadi di akhirat kelak?

Jangan kita dibutakan oleh cinta nafsu kerana cinta nafsu itu bersifat melulu. Cintailah sesuatu kerana Allah, insya-Allah, cinta itu akan sentiasa celik untuk melihat kebenaran. Rela dan tegalah berkata tidak demi cinta. Cintalah Allah dan selalu menjaga hukum-hakam-Nya. Bila cinta kita kerana yang maha Baqa (kekal), maka itulah petanda cinta kita sesama manusia akan kekal.

Marah biar kerana Allah. Justeru kemarahan kerana Allah itulah yang akan menyuburkan rasa cinta kita. Bila hak Allah diabaikan, bila hukum-hakam-Nya dipinggirkan, katakan tidak... cegahlah kemungkaran itu dengan kuasa dan dengan kata-kata. Biarkan cinta mu berkata tidak! Insya-Allah cinta itu akan kekal sampai bila-bila...

- Artikel iluvislam.com