Tuesday, February 8, 2011

Eeii , Busuknya ! - Siri 2

      Ketika itu , White dalam perjalanan ke kedai untuk membeli barang dapur yang dipesan oleh ibunya . White memang seorang anak yang suka menolong ibu bapanya . Selepas membeli keperluan dapur , dia pulang ke rumah melalui satu lorong yang gelap dan sunyi . Di situ memang remaja  menjadikan tempat tu sebagai 'port' untuk melepak . Dia terdengar remaja tersebut ketawa . Tiba-tiba dia terdengar suara ketawa yang dia selalu dengar . Apabila melihat dengan lebih jelas , rupa-rupanya Black ada dalam kumpulan budak-budak sengal tersebut . Dia terlihat Black sedang menghisap rokok dan memegang sebotol air yang seakan-akan arak .

       White kebingungan , dia mahu memanggil Black tetapi dia takut kerana kumpulan tersebut memang kumpulan budak-budak sengal . Dia sayangkan nyawa nya . Kemudian , dia berlalu pergi . Dia tidak tahu apakah punca yang menyebabkan Black menjadi sebegitu 'sengal' . White tahu sebelum ini Black memang menghisap rokok , tetapi White telah banyak menasihatkan Black sehinggalah Black tidak menghisap rokok .

      Di rumah , White bangun malam untuk berQiamullail . Kemudian dia solat sunat hajat , dan hajat utamanya adalah  , agar Allah S.W.T . menyedarkan Black dari gejala sosial  itu . Dia juga berhajat semoga Allah menjauhkannya dari perkara yang  buruk .  Kemudian  dia berhajat  yanng sampingan seperti memohon kebahagiaan dan lain-lain.

       Dia ingin sangat berjumpa dengan Black tetapi dia tiada masa kerana Black selalu keluar rumah sehinggalah dua tiga hari baru balik . Pada satu hari , dia pergi ke rumah Black , tetapi jiran sebelah rumah Black mengatakan yang keluarga Black telah berpindah jauh dari kawasan perumahan tersebut .White sedih , dia tidak sempat menasihati rakan karibnya itu . YANG TINGGAL HANYALAH KENANGAN .

        Sehinggalah 15 tahun berlalu dari mereka tingkatan 3 , White terbaca di muka depan akhbar . Seorang pemuda yang telah terlantar di hospital sejak 2 bulan lalu memerlukan wang pembedahan sebanyak RM200,000.00 untuk melakukan pembedahan . Hatinya mula tersentak . Apabila melihat nama dan gambar pemuda tersebut , dia terkejut . Rupa-rupanya dia terkejut . Rakan karibnya itu , Black , menghidap penyakit yang sangat kronik akibat merokok .

        Dia segera ke Hospital Besar Kuala Lumpur untuk melihat rakan karibnya itu . Black perlu menggunakan alat bantuan pernafasan kerana hatinya telah rosak teruk , Black sedih melihat rakannya yang sedang koma itu . Dia setiap hari melawat Black dan membawa buah tangan . Dia juga akan membaca yaasin untuk Black . Black seperti faham akan apa yang dilakukan oleh White . Air mata mengalir dari matanya .


  


        White berhajat untuk membiayai segala kos rawatan yang diperlukan Black . Black tersenyum dalam keadaan koma. Baru sahaja senyum , tiba-tiba Black seperti dalam keadaan nazak . Dia memanggil doktor dan mengajar Black mengucap dua kalimah syahadah . Akhirnya , Black meninggal dunia dalam keadaan yang memilukan . White menangis teresak-esak . Tetapi dia bersyukur kerana Black sempat bertaubat sebelum dia meninggal.


        White yang kini telah bergelar antara jutawan terkaya di Malaysia berhasrat mendermakan wang yang ingin diberikan  kepada Black kepada beberapa Maahad Tahfiz di Malysia yang serba kekurangan .






Moral of the story :1.Jangan tamak , org tamak slalu rugi.
                             2. Jangan hisap rokok kerana rokok haram ( ade dadah ).
                             3.Sentiasa perihatan .
                             4.  Kalau ade lagi comment eekk ,


               

                                                            SEKIAN              
 

1 comment:

  1. gud job dear :)

    *WHITE n BLACK? means tajuk lagu MJ ? hihi :p

    ReplyDelete